Khamis, 22 Ogos 2019 | 7:53am
Penalti babak kedua Guillaume Hoarau membantu Young Boys mengikat bekas juara Red Star Belgrade 2-2. - Foto EPA
Penalti babak kedua Guillaume Hoarau membantu Young Boys mengikat bekas juara Red Star Belgrade 2-2. - Foto EPA
Penalti Hoarau hadir selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati Nicolas Ngamaleu dikasari 15 minit sebelum tamat permainan di Switzerland itu. - Foto EPA
Penalti Hoarau hadir selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati Nicolas Ngamaleu dikasari 15 minit sebelum tamat permainan di Switzerland itu. - Foto EPA

Penalti Hoarau ikat Red Star

PARIS: Penalti babak kedua Guillaume Hoarau membantu Young Boys mengikat bekas juara Red Star Belgrade 2-2 dalam aksi pertama playoff Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Roger Assale membuka jaringan untuk Young Boys sebelum Milos Degenek dan Mateo Garcia meletakkan juara Eropah tahun 1991 itu di depan sejurus selepas rehat.

Penalti Hoarau hadir selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati Nicolas Ngamaleu dikasari 15 minit sebelum tamat permainan di Switzerland itu.

“Kami beraksi baik tetapi mungkin terlalu baik – kami memberikan mereka dua hadiah, gol-gol yang sepatutnya boleh dielakkan,” kata Hoarau yang dimasukkan pada minit ke-73.

“Kami kecewa kerana kami menguasai permainan, mencipta banyak peluang tetapi tidak menang. Ia keputusan yang baik untuk mereka tetapi ia belum berakhir.”

Walaupun seri, Red Star masih mempunyai kelebihan menjelang aksi timbal balik minggu depan berdasarkan jaringan di tempat lawan.

Pemain Krasnodar, Uros Spajic (kiri) bersaing dengan pemain Olympiacos, Miguel Angel Guerrero dalam aksi Piraeus, Greece. - Foto EPA
Pemain Krasnodar, Uros Spajic (kiri) bersaing dengan pemain Olympiacos, Miguel Angel Guerrero dalam aksi Piraeus, Greece. - Foto EPA

Sementara itu Olympiakos membelasah Krasnodar 4-0 dengan penyokongnya mungkin berdepan masalah selepas wartawan Russia mendakwa dia diserang sehingga hidungnya patah.

Pelawat, yang menyingkirkan Porto dalam pusingan terakhir, bergelut di Greece selepas Lazar Randelovic meledak dua gol di antara jaringan Miguel Angel Guerrero dan Daniel Podence.

Juara Croatia Dinamo Zagreb menewaskan juara liga Norway Rosenborg 2-0 hasil jaringan babak pertama Bruno Petkovic dan Mislav Orsic. – AFP

Berita Harian X