Ahad, 4 Ogos 2019 | 4:36pm
Pengendali Selangor, B Sathianathan resah aksi anak buah. - NSTP/Effendy Rashid
Pengendali Selangor, B Sathianathan resah aksi anak buah. - NSTP/Effendy Rashid

Sathianathan risau aksi pasukan

 

SHAH ALAM: FELDA United FC boleh menang dalam perlawanan ini!

Itu reaksi pengendali Selangor, B Sathianathan ketika mengulas prestasi pasukannya ketika diikat 2-2 oleh FELDA United FC pada aksi pertama Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Apa yang dipamerkan anak buahnya cukup menghadirkan rasa risau kepada Sathianathan terutama apabila sering hilang bola di kawasan tengah padang.

"Di babak kedua, kita banyak melakukan serangan tetapi hantaran akhir kita tidak begitu baik dan membolehkan FELDA melakukan serangan balas. 

"Kami kurang berdisiplin dan sering hilang bola. Dalam lima minit terakhir, FELDA boleh memenangi perlawanan ini," katanya. 

Pada aksi itu, FELDA yang dikendalikan Nidzam Jamil membuktikan betapa julukan 'The Fighters' sememangnya tepat buat mereka apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Selangor 2-2.

Syazwan Zainon membuka jaringan buat Selangor apda minit ke-32 diikuti gol kedua daripada Ifedayo Olusegun (m-39).

Bagaimanapun, seminit selepas itu, Christie Jayaseelan kembali meredakan tekanan buat FELDA apabila meledak gol pertama sebelum import dari Singapura, Khairul Amri Mohd Kamal menyempurnakan penalti sekali gus memaksa Selangor berpuas hati meraih satu mata.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X