Ahad, 4 Ogos 2019 | 7:45am
Pemain Borussia Dormund meraikan kejayaan menjulang Piala Super DFL selepas menunpaskan Bayern Munich, pagi tadi. - Foto EPA
Pemain Borussia Dormund meraikan kejayaan menjulang Piala Super DFL selepas menunpaskan Bayern Munich, pagi tadi. - Foto EPA

Sancho wira Dortmund atasi Bayern

DORTMUND: Jadon Sancho membantu Borussia Dortmund mengatasi Bayern Munich 2-0 di Stadium Signal Iduna Park pagi tadi sekali gus memenangi gelaran keenam Piala Super DFL sebagai tanda permulaan Liga Jerman.

Pemain muda itu menjadi tenaga penting merencana jaringan sebelum dia sendiri menyumbat gol kedua ketika Bayern kelihatan goyah tanpa pertahanan Franck Ribery dan Arjen Robben yang sudah meninggalkan kelab itu.

Musim lalu, skuad bimbingan Lucien Favre mengikut rapat Bayern dan menamatkan saingan di tangga kedua Bundesliga. Bayern muncul juara kali ke-29 trofi DFB Pokal.

Bagaimanapun, Byern tetap utuh dengan penampilan kaptennya, Marco Reus bekerja keras membantu penjaga gol Manuel Neuer menyelamatkan gawang dari dibolosi pada minit awal permainan.

Pemain Borussia Dortmund, Jadon Sancho meraikan jaringan golnya ketika menentang Bayern Munich pada perlawanan Liga Jerman, pagi tadi. - Foto EPA
Pemain Borussia Dortmund, Jadon Sancho meraikan jaringan golnya ketika menentang Bayern Munich pada perlawanan Liga Jerman, pagi tadi. - Foto EPA

Neuer juga terselamat dari dilayangkan kad merah ketika meluru keluar menyelamatkan cubaan Paco Alcacer yang mendapat ruang menjaringkan gol, namun cubaannya tersasar di hadapan gawang yang terbuka.

Alcacer bangkit menebus kegagalan itu selepas babak kedua bermula.

Sancho melepasi kekangan pertahanan lawan untuk mengumpan kepada pemain Sepanyol itu meledak ke bucu kanan gawang Bayern.

Bayern mengatur kebangkitan 10 minit kemudian namun tiga cubaan Kingsley Coman, Thomas Mueller dan Robert Lewandowski berjaya dinafikan.

Sebaliknya Sancho sekali lagi mencuri tumpuan apabila melarikan bola dari tengah padang untuk menewaskan Neuer.

Bayern cuba mencari gol namun pertahanan diketuai Mats Hummels nyata gagal menandingi kepantasan pemain lawan sekali gus terpaksa akur dengan dua gol berkenaan. – Reuters

 

Berita Harian X