Jumaat, 19 Julai 2019 | 9:07am
Penyerang Algeria, Riyad Mahrez (tengah) pada sesi latihan bersama rakan sepasukan di Stadium Petro Sports, di Kaherah, menjelang pertemuan dengan Senegal di final Piala Negara Afrika jam 3 pagi esok waktu Malaysia. - Foto AFP
Penyerang Algeria, Riyad Mahrez (tengah) pada sesi latihan bersama rakan sepasukan di Stadium Petro Sports, di Kaherah, menjelang pertemuan dengan Senegal di final Piala Negara Afrika jam 3 pagi esok waktu Malaysia. - Foto AFP

Algeria harungi perjalanan jauh saingan 2021

KAHERAH: Algeria, yang bakal bertemu Senegal dalam final Piala Negara Afrika di sini esok (jam 3 pagi waktu Malaysia), perlu mengharungi perjalanan jauh pada kempen kelayakan kejohanan sama edisi 2021.

Dalam undian di sini semalam, skuad Desert Foxes diundi dalam Kumpulan H bersama Zambia, Zimbabwe dan Botswana.

Malangnya, semua negara berkenaan tidak memiliki penerbangan terus menghubungkan Algiers ke Lusaka, Harare dan Gaborone, sekali gus memaksa Algeria yang diketuai Riyad Mahrez perlu mengharungi waktu perjalanan lebih lama.

Namun undian itu berita baik buat Algeria selepas menyaksikan Zimbabwe gagal menyinar pada kejohanan kali ini.

Zambia pula gagal melayakan diri manakala Botswana hanya beroleh satu mata berbanding 18 mata yang boleh dikutip dalam kempen musim ini.

Senegal pula yang memiliki peledak berbisa Sadio Mane diundi dalam Kumpulan I yang dianggap mudah terdiri Congo Brazzaville, Guinea-Bissau dan eSwatini (dulu dikenali Swaziland). 

Penyerang Senegal, Sadio Mane menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan menjelang pertemuan final Piala Negara Afrika dengan Algeria. - Foto AFP
Penyerang Senegal, Sadio Mane menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan menjelang pertemuan final Piala Negara Afrika dengan Algeria. - Foto AFP

Skuad Senegal yang juga dikenali Teranga Lions diramal mampu menamatkan cabaran peringkat kumpulan dengan selesa manakala Congo dan Guinea-Bissau akan meraih tempat kedua.

Madagascar, yang melakukan kejutan mara ke suku akhir Piala Negara Afrika 2019 diundi dalam Kumpulan K bersama Ivory Coast, Niger dan Ethiopia. 

Ivory Coast diramal menjuarai kumpulan manakala Madagascar perlu membuktikan mereka sekali lagi pasukan yang penuh kejutan.

Nigeria, yang menewaskan Tunisia 1-0 untuk muncul pemenang tempat ketiga Rabu lalu diundi bersama Benin, Sierra Leone dan Lesotho.

Ghana dan Afrika Selatan pula diundi dalam Kumpulan C dan kedua-duanya dijangka melayakan diri.

Cameroon sebagai tuan rumah diundi dalam Kumpulan F bersama Cape Verde, Mozambique dan Rwanda.

Uganda, pasukan paling kuat di Timur Afrika diundi dalam Kumpulan B bersama Burkina Faso, Malawi dan Sudan Selatan atau Seychelles.

Eritrea dan Somalia tidak mengambil bahagian.

Empat perlawanan dalam dua pusingan awal kelayakan akan berlangsung pada Oktober ini disusuli dua perlawanan peringkat kumpulan pada November. – AFP

Jadual perlawanan awal: (7 -15 Oktober)
Liberia mln Chad
Sudan Selatan mln Seychelles
Mauritius mln Sao Tome e Principe
Djibouti mln Gambia

Senarai Kumpulan Piala Negara Afrika 2021: 

KUMPULAN  A
Mali, Guinea, Namibia, Liberia/Chad

KUMPULAN  B
Burkina Faso, Uganda, Malawi, South Sudan/Seychelles

KUMPULAN C
Ghana, Afrika Selatan, Sudan, Mauritius/Sao Tome

KUMPULAN D
Demokratik Republik Congo, Gabon, Angola, Djibouti/Gambia

KUMPULAN E
Maghribi, Mauritania, Republik Tengah Afrika, Burundi

KUMPULAN F
Cameroon (tuan rumah), Cape Verde, Mozambique, Rwanda

KUMPULAN G
Mesir, Kenya, Togo, Comoros

KUMPULAN H
Algeria, Zambia, Zimbabwe, Botswana

KUMPULAN I
Senegal, Congo Brazzaville, Guinea-Bissau, eSwatini (Swaziland)

KUMPULAN J
Tunisia, Libya, Tanzania, Equatorial Guinea

KUMPULAN K
Ivory Coast, Niger, Madagascar, Ethiopia

KUMPULAN L
Nigeria, Benin, Sierra Leone, Lesotho

*Aksi pada 11-19 November (dua pusingan), 31 Ogos-8 September 2020 (dua pusingan), 5-13 Oktober 2020  dan 9-17 November 2020

 

 

 

 

Berita Harian X