Selasa, 16 Julai 2019 | 7:12am
Pemain pertahanan Ajax, Matthijs de Ligt. - foto AFP
Pemain pertahanan Ajax, Matthijs de Ligt. - foto AFP

De Ligt semakin hampir ke Juventus

PARIS: Pertahanan, Matthijs de Ligt bersetuju untuk menyertai Juventus, lapor media Belanda dan Itali hari ini, namun tidak jelas sama ada kelab dari Turin itu sudah bersetuju dengan yuran bersama Ajax.

Laporan mengatakan pemain antarabangsa Belanda berusia 19 tahun yang juga kapten Ajax pada separuh akhir Liga Juara-Juara, sudah bersetuju dengan syarat peribadi bersama Juventus dan akan tiba di Turin hari ini dan menjalani pemeriksaan perubatan esok.

Media di Itali berkata, Juventus akan membayar Ajax dari Amsterdam 75 juta euro (RM346 juta).

De Ligt dikaitkan dengan banyak kelab utama Eropah selepas persembahan baik buat Ajax dan Belanda musim lalu.

Dia bermain 117 perlawanan buat Ajax dalam semua kejohanan, menjaringkan 13 gol termasuk tiga ketika kelab itu mara ke kelompok empat terakhir Liga Juara-Juara musim lalu tetapi tewas pada separuh akhir kedua kepada Tottenham.

De Ligt menjaringkan gol kemenangan di Turin ketika Ajax menyingkirkan Juventus pada suku akhir. Dia bermain 17 kali buat Belanda.

Sebelum itu, Juventus memperkenalkan Aaron Ramsey, pemain tengah Wales yang bersetuju menyertai kelab itu pada Februari apabila kontraknya tamat bersama Arsenal. - AFP

Berita Harian X