Selasa, 18 Jun 2019 | 11:12am
NEYMAR

Neymar mungkin kembali ke Barcelona

PARIS: Neymar semakin hampir untuk kembali ke Barcelona dengan Ousmane Dembele, Ivan Rakitic dan Samuel Umtiti dijangka akan digunakan untuk mendapatkan bintang Brazil itu.

Laporan terbaharu di Perancis mendakwa pemain berusia 27 tahun itu sudah melihat masa depannya di tempat lain dan PSG akan melepaskannya jika menerima tawaran sesuai.

Menurut Globe Sports, Barcelona sudah mengadakan perbincangan dengan pegawai tertinggi di PSG dan yakin akan dapat mencapai perjanjian membolehkan Neymar kembali musim panas ini.

Mereka juga mendakwa PSG sudah meminta mendapatkan pemain lain serta bayaran tunai dan yuran perpindahan sekitar £90 juta pound (RM471 juta).

Pemain yang akan disertakan dalam perjanjian itu masih belum diputuskan namun Dembele, Rakitic dan Umtiti masing-masing dikaitkan.  

Neymar, yang kini menjalani pemulihan akibat kecederaan pada pergelangan kaki awal bulan ini, meninggalkan Barcelona untuk ke PSG pada 2017 dengan rekod dunia £198 juta pound (RM1.036 bilion). 

Dia memiliki kontrak di PSG hingga 2022 tapi tampak semakin hampir meninggalkan kelab itu.

Walaupun membuat keputusan meninggalkan Barcelona dua tahun lalu, difahamkan sejumlah pegawai dalam kelab itu mahu mendapatkannya semula.

Real Madrid juga menyatakan minat terhadap Neymar namun nampaknya mereka akan gagal mendapatkan tandatangan pemain itu kepada pencabar utama itu. - Agensi

Berita Harian X