Rabu, 22 Mei 2019 | 10:54am
LIONEL Messi dan Sergio Aguero. - Foto AFP
LIONEL Messi dan Sergio Aguero. - Foto AFP

Messi, Aguero ketuai Argentina di Copa America

BUENOS AIRES: Bintang Barcelona, Lionel Messi dan Sergio Aguero mengetuai senarai 23 pemain skuad Copa America diumumkan jurulatih Argentina, Lionel Scaloni awal pagi tadi.

Pemain sayap Paris Saint-Germain, Angel Di Maria turut disenaraikan namun tiada tempat buat penyerang Gonzalo Higuain, yang dipinjamkan di Chelsea dari Juventus.

“Inilah pemain terbaik bagi satu masa penting buat pasukan kebangsaan,” kata Scaloni menjelang kejohanan di Brazil, 14 Jun depan.

Argentina akan beraksi dalam Kumpulan B bersama Colombia, Paraguay dan pasukan jemputan Qatar, tuan rumah Piala Dunia 2022 dan juara Asia.

Messi hanya kembali ke pangkuan skuad Argentina Mac lalu selepas lapan bulan tidak beraksi susulan Piala Dunia di Russia, akan menyambut hari lahir ke-32 ketika kejohanan itu.

Di Maria, seperti Messi, melakukan kemunculan semula selepas Piala Dunia pada Mac lalu bagi dua aksi persahabatan menentang Venezuela dan Maghribi, namun pemain Manchester City, Aguero tidak dipanggil sejak Argentina tewas 3-4 pada pusingan 16 terakhir di tangan juara, Perancis di Russia.

Argentina tidak menang Copa America atau mana-mana kejohanan antarabangsa sejak 1993, tewas dalam empat daripada lima final edisi terakhir kejohanan benua itu. - AFP

 

SKUAD ARGENTINA

Penjaga gol: Agustin Marchesin (America Mexico/MEX), Franco Armani (River Plate), Esteban Andrada (Boca Juniors)

Pertahanan: German Pezzela (Fiorentina/ITA), Juan Foyth (Tottenham Hotspur/ENG), Nicolas Otamendi (Manchester City/ENG), Nicolas Tagliafico (Ajax/NED), Marcos Acuna (Sporting Lisbon/POR), Renzo Saravia (Racing Club), Ramiro Funes Mori (Villarreal/ESP), Milton Casco (River Plate)

Tengah: Leandro Paredes (Paris Saint-Germain/FRA), Angel Di Maria (Paris Saint-Germain/FRA), Guido Rodriguez (America Mexico/MEX), Giovani Lo Celso (Real Betis/ESP), Roberto Pereyra (Watford/ENG), Rodrigo De Paul (Udinese/ITA), Exequiel Palacios (River Plate)

Penyerang: Lionel Messi (Barcelona/ESP), Sergio Aguero (Manchester City/ENG), Paulo Dybala (Juventus/ITA), Lautaro Martinez (Inter Milan/ITA), Matias Suarez (River Plate)

Berita Harian X