Selasa, 21 Mei 2019 | 6:38am
KYLIAN Mbappe. - Foto AFP

Mbappe akan kekal - PSG

PARIS: Juara Perancis, Paris Saint-Germain awal pagi tadi menegaskan bahawa bintang penyerang mereka, Kylian Mbappe akan kekal di kelab itu musim depan walaupun pemenang Piala Dunia itu mengatakan dia boleh meninggalkan pasukan berkenaan.

Penyerang berusia 20 tahun itu berkata semalam bahawa dia mahu lebih “tanggungjawab, mungkin di PSG, atau tempat lain” selepas menang anugerah pemain terbaik Ligue 1.

Namun PSG dalam kenyataan di Twitter berkata: “Ikatan kuat menyatukan PSG dan Kylian Mbappe untuk dua tahun dan ia akan berterusan musim depan.

“Ia saat yang juga perlu ditulis, bersama-sama, muka surat yang besar dalam sejarah kelab kami, dengan setiap pemain utama akan menerima hadiah mereka, yang bekerja untuk kelab.”

Kenyataan Mbappe semalam dengan Real Madrid dilaporkan cuba memancingnya ke Sepanyol tampak seperti sudah dirancang.

“Saya katakan apa yang saya perlu kata. Apabila anda berada pada tahap anda boleh menghantar mesej, saya rasa saya sudah. Jika saya hanya terus bercakap ia pasti akan berlebihan dan itu bukan mesej yang saya mahu berikan,” kata Mbappe.

Dia kerap dikaitkan dengan potensi perpindahan ke Madrid sejak menempa nama di Monaco pada 2017 apabila memenangi gelaran Ligue 1, namun berhijrah ke PSG secara pinjaman dan kemudian berpindahan dengan nilai 180 juta euro (RM839.63 juta).

Namun sejak Zinedine Zidane kembali ke Real awal tahun ini, khabar angin mengenai Mbappe menyertai rakan senegaranya itu di Santiago Bernabeu semakin meningkat. - AFP

Berita Harian X