Sabtu, 11 Mei 2019 | 4:44pm
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.

Megat Shariman dilantik ahli lembaga YAKEB

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin akhirnya mendapat kepercayaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) apabila dilantik selaku ahli lembaga Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Pelantikan berkuat kuasa 3 Mei lalu itu disahkan menerusi satu surat ditandatangani Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Megat Shariman yang gembira dengan pelantikan berkenaan berjanji memberikan yang terbaik dalam pengurusan hal ehwal dan kebajikan atlet yang mengharumkan nama negara.

"Yang pertama saya ingin mengucapkan terima kasih atas kepercayaan menteri (Syed Saddiq) kepada saya, Insya-Allah saya akan buat yang terbaik.

"Malah, saya sedia bekerjasama dengan pengerusi YAKEB (Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed) dan mengikut segala hala tuju ditetapkannya," katanya.

Beliau pernah dikaitkan berminat menjadi pengerusi YAKEB, namun tidak menjadi kenyataan gara-gara jawatan itu secara tradisinya disandang bekas atlet.

Ia sekali gus menyebabkan Noorul menjadi pilihan Syed Saddiq dilantik selaku pengerusi YAKEB pada Mac lalu.

Bagaimanapun, sebaik dilantik nama Megat Shahriman menjadi antara pilihan dicadangkan Noorul untuk menjadi sebahagian daripada ahli lembaga.

 

 

Berita Harian X