Isnin, 6 Mei 2019 | 11:26am
PEMAIN Leicester City, Jamie Vardy.
PEMAIN Leicester City, Jamie Vardy.

'Vardy mampu musnahkan siapa saja'

LONDON: Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers mengakui Jamie Vardy memiliki impak menakjubkan dan mampu membuat Manchester City putih mata dalam mempertahankan gelaran liga pada pertemuan kedua-dua pasukan di Etihad, awal pagi esok (jam 3 pagi waktu Malaysia).

Anak buah Pep Guardiola mampu memintas Liverpool dan kembali ke puncak liga jika mereka menewaskan Leicester.

Rodgers berpandangan betapa Vardy akan memberikan impak yang besar dalam menyekat usaha City dan seterusnya membantu kejayaan bekas kelabnya, Liverpool muncul juara sejak kemarau pada 2006.

"Dia peledak yang tak gentar sesiapa, itu tak dapat lari daripadanya,” kata Rodgers mengenai kehebatan Vardy yang kini sudah menyumbat 18 gol liga.

"Setiap kali saya menyiapkan pasukan yang bakal berdepan dengan dia, saya tahu pasukan lawan perlu berhati-hati dengannya.

"Jika kamu gagal memberikan tindak balas yang baik dalam sesuatu perlawanan dan membuka ruang untuknya, maka kamu akan kecewa dia adalah penjaring gol sejati.

"Jika kamu saksikan cara dan keupayaan dia menjaringkan gol, serta cara ancamannya, kamu perlu sentiasa ingat mengenainya. 

"Pasukan sangat beruntung jika dapat menyenaraikannya."

Leicester kini di tangga kesembilan liga dan mampu berganjak ke tangga kelapan jika menang aksi menentang City.

Bagi City, kemenangan bakal menyaksikan impiannya kian mudah menjelang pertemuan perlawanan terakhir liga dengan menanti kunjungan Brighton & Hove Albion manakala Liverpool menunggu kedatangan Wolves – Agensi

Berita Harian X