Isnin, 22 April 2019 | 8:16am
PEMAIN Borussia Dortmund, Marco Reus (kanan) menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Freiburg pada aksi Bundesliga di Freiburg. - Foto AFP
PEMAIN Borussia Dortmund, Marco Reus (kanan) menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Freiburg pada aksi Bundesliga di Freiburg. - Foto AFP

Dortmund terus buru Bayern

BERLIN: Kapten Marco Reus bermain dalam kesakitan ketika membantu kemenangan 4-0 Borussia Dortmund ke atas Freiburg dan terus mengekori rapat pendahulu Bundesliga Bayern Munich.

Reus mengalami hentakan di lutut dalam pertembungan dengan pemain Freiburg Janik Haberer di babak kedua, tetapi meneruskan permainan serta menjaringkan satu gol dan dua umpanan gol yang memastikan jurang satu mata di belakang Bayern.

Selepas kekalahan besar kepada Bayern dua minggu lalu dan kemenangan tipis ke atas Mainz, Reus menegaskan persembahan ditunjukkan pasukannya membuktikan mereka sudah bersedia untuk bersaing merebut kejuaraan.

PEMAIN Borussia Dortmund, Marco Reus (kanan) meraikan jaringannya dalam perlawanan menentang Freiburg pada aksi Bundesliga di Freiburg. - Foto EPA
PEMAIN Borussia Dortmund, Marco Reus (kanan) meraikan jaringannya dalam perlawanan menentang Freiburg pada aksi Bundesliga di Freiburg. - Foto EPA

“Beberapa minggu lalu ia tidak berjalan seperti yang dirancang, tetapi penting bagi kami untuk terus bersatu dalam situasi sukar ini,” kata Reus.

“Kami percaya kami mampu menjadi juara dan kami mahu terus memberikan tekanan kepada Bayern sehingga ke akhir.”

Dortmund perlu mengutip tiga mata bagi memastikan jurang tidak melebar selepas Bayern menewaskan Werder Bremen 1-0 pada Sabtu.

Dortmund akan berdepan Schalke Sabtu ini dan Bayern akan bertandang ke Nuremberg keesokan harinya.

Dalam perlawanan lain, Hanover terus tercicir ke arah penyingkiran selepas seri tanpa jaringan menentang Hertha Berlin. – AFP

Berita Harian X