PARIS: Kylian Mbappe akan kekal bersama Paris Saint-Germain yang baru dinobatkan sebagai juara Ligue 1 selepas dia meledak hatrik untuk kemenangan 3-1 ke atas Monaco yang turut menyaksikan kepulangan rakan penyerang Neymar.
“Saya di sini, saya sudah menandatanganinya,” kata Mbappe yang dikaitkan dengan Real Madrid.
“Bagus untuk Real jika ada Zizou (pengendali Madrid Zinedine Zidane), saya akan menonton perlawanan mereka sebagai peminat.”
Mbappe melebarkan jaringannya musim ini kepada 30 gol selepas hatrik berkenaan, yang hadir hanya beberapa jam selepas PSG dinobatkan juara buat kali keenam dalam tempoh tujuh tahun apabila pesaing terdekat Lille tercicir mata.
Keputusan seri tanpa jaringan di Toulouse meletakkan mereka 16 mata di belakang PSG dengan hanya lima perlawanan berbaki sebelum sepak mula di Paris, dan membolehkan kelab ibu kota itu meraikan kejuaraan yang gagal dicapai pada tiga perlawanan sebelumnya.
Penyerang 20 tahun itu mensasarkan kejuaraan domestik berganda menjelang final Piala Perancis menentang Rennes minggu depan, selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.
“Kami kecewa apa yang berlaku dengan Manchester United, tetapi saingan tetap diteruskan. Kami mengharapkan lebih daripada Liga Juara-Juara tetapi itu tidak boleh membantutkan semangat kami.
“Saya gembira, musim ini belum berakhir, dan saya mahu terus menjaringkan gol,” katanya. – AFP