Ahad, 21 April 2019 | 9:08am
PENGURUS Juventus, Massimiliano Allegri (kanan) meraikan kejayaan merangkul trofi Serie A kali kelapan. - Foto AFP
PENGURUS Juventus, Massimiliano Allegri (kanan) meraikan kejayaan merangkul trofi Serie A kali kelapan. - Foto AFP

Allegri beri bayangan kekal di Juventus

MILAN: Massimiliano Allegri memberi bayangan akan kekal bersama Juventus dan berazam meningkatkan lagi kekuatan kelab itu sejurus merangkul gelaran buat kali kelapan Serie A apabila membenam Fiorentina 2-1 pagi tadi.

Juve memastikan gelaran Scudetto kelapan milik mereka lebih awal dengan perlawanan berbaki lima aksi untuk diharungi.

"Kami akan menikmati makan malam Easter dan selepas itu saya akan berbincang dengan presiden dan pegawai kelab,” kata Allegri kepada Sky Sport Italia.

"Saya pasti akan terus kekal bersama Juventus. Saya masih ada setahun kontrak tetapi saya belum berbincang mengenainya setakat ini.

"Ia tidak berbangkit mengenai kontrak, tetapi matlamat kami adalah masa depan Juventus.

"Juventus akan membina pasukan yang bukan setakat boleh menang perlawanan tetapi ia perlu melakukan penilaian untuk mencari ruang peningkatan, ia memang ada dalam perancangan lima tahun.”

Bekas pengurus AC Milan turut mempertahankan sumbangan Paulo Dybala yang masih cedera yang dianggapnya tonggak penting sejak bersama empat musim lalu.

Kedatangan Cristiano Ronaldo bagaimanapun membayangi pemain berusia 25 tahun itu namun Allegri kekal menafikan khabar angin yang mendawak Dybala bakal menyertai Real Madrid.

"Musim Dybala di sini sangat bagus terutama sehingga Januari,” katanya.

"Kami beraksi banyak perlawanan bersamanya, begitu juga dengan Ronaldo dan Mandzukic. Ronaldo adalah penjaring gol, tengok saja ketika aksi dia berdepan Ajax. Untuk gandigannya, kita perlukan pemain dengan karekter berbeza dan Dybala adalah pemain yang hampir dengannya dan dia bekerja keras.

"Jika kamu menurunkan tiga penyerang serentak, pemain lain di belakang mereka akan mula letih dan jika perkara ini berlaku masalah akan timbul,” kata Allegri – Agensi

Berita Harian X