Isnin, 25 March 2019 | 7:26am
Pemain Jerman, Nico Schulz (kanan) dibayangi pemain Belanda, Denzel Dumfries pada Kelayakan Euro 2020 kumpulan C di Stadium Johan Cruijff Arena A, Amsterdam, Belanda awal pagi tadi. - Foto REUTERS
Pemain Jerman, Nico Schulz (kanan) dibayangi pemain Belanda, Denzel Dumfries pada Kelayakan Euro 2020 kumpulan C di Stadium Johan Cruijff Arena A, Amsterdam, Belanda awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Jerman 'serba baharu' kecewakan Belanda

AMSTERDAM: Gol minit ke-90 daripada Nico Schulz membantu Jerman meraih kemenangan dramatik 3-2 ke atas Belanda pada aksi kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi.

Ia adalah kemenangan pertama Jerman dalam aksi kompetitif sejak Piala Dunia tahun lalu sekali gus meredakan tekanan buat ketua jurulatih, Joachim Loew. 

Jerman yang tampil serba baharu tampil menakjubkan pada separuh masa permainan tetapi kembali longlai pada babak kedua apabila Belanda bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk mengikat kedudukan 2-2 buat kali kedua sejak November.

Begitupun, Schulz muncul penyelamat apabila meledakkan gol di saat akhir bagi menghadiahkan Jerman kemenangan bermakna.

“Kemenangan ini memberikan banyak makna kepada kami, ia hebat untuk kami sebagai satu pasukan,” kata Schulz.

Penyerang Jerman, Leroy Sane (kanan) mengawal bola dari pemain Belanda pada aksi kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
Penyerang Jerman, Leroy Sane (kanan) mengawal bola dari pemain Belanda pada aksi kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Loew memuji semangat juang skuad kendaliannya sekali pun mengharungi perlawanan yang sukar.

“Kami bermain dengan amat baik pada babak pertama tetapi pada babak kedua kami tidak berada pada tahap yang sama,” kata Loew. “Saya kagum dengan semangat berlawan kami, dan bagaimana mereka kekal percaya sehingga penamat. Tahniah kepada mereka.”

Penjaga gol Belanda, Jasper Cillessen tertewas selepas 15 minit perlawanan berlangsung apabila hantaran Schulz dimanfaatkan sepenuhnya Leroy Sane dengan Jerman memperoleh gol kedua menerusi Serge Gnabry pada minit ke-34.

“Jangan lupa yang kami bermain menentang Jerman,” kata jurulatih Belanda, Ronald Koeman. “Kami tahu yang Jerman akan beraksi bermati-matian menentang kami, dan kami memperoleh permulaan yang buruk.”

Tuan rumah tampil dengan aksi lebih baik selepas rehat apabila merapatkan kedudukan menerusi Matthijs de Ligt, tiga minit selepas aksi bersambung sebelum penyerang, Memphis Depay menyamakan kedudukan pada minit ke-63 sebelum dikecewakan Schulz. - AFP

Pemain Belanda, Georginio Wijnaldum (kiri) dihalang pemain Jerman, Antonio Reudiger pada perlawanan kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi. - Foto EPA
Pemain Belanda, Georginio Wijnaldum (kiri) dihalang pemain Jerman, Antonio Reudiger pada perlawanan kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi. - Foto EPA

Berita Harian X