Selasa, 26 Februari 2019 | 9:47pm
TIMBALAN Presiden PFA, Mohd Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan. - NSTP/Ihsan PFA
TIMBALAN Presiden PFA, Mohd Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan. - NSTP/Ihsan PFA

PFA nafi tipu kontrak

 

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) menafikan dakwaan 18 pemain Perlis Northern Lion 2 (PNL2) mengatakan berlaku penipuan kontrak dan penyelewengan wang pemain.

Timbalan Presidennya, Mohd Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan, berkata pihaknya bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membuktikan integriti persatuan itu.

"Sebenarnya saya menumpukan kepada proses rayuan terlebih dulu sebab semalam saya hanya lihat atau mendapat makluman daripada media.

"Selepas ini saya akan membuat laporan polis untuk menafikan apa yang dituduh kepada saya sebab bagi saya laporan itu tidak berasas dan kita di PFA sendiri ada bukti-bukti berkenaan kewangan melalui bendahari. 

"Saya serahkan kepada pihak berkenaan bagi buat siasatan dan memastikan ia benar dan saya akan kumpul bukti-bukti yang diperlukan," katanya.

Semalam seramai 18 pemain PNL2 membuat dua laporan polis terhadap pihak pengurusan PFA berhubung dakwaan penipuan kontrak dan penyelewengan wang pemain.

Berita Harian X