Sabtu, 19 Januari 2019 | 9:01am
PEMAIN Napoli, Kalidou Koulibaly diarahkan keluar padang kerana kesalahan melontarkan kata-kata sini kepada pengadil perlawanan, Paolo Mazzoleni. - Foto Reuters
PEMAIN Napoli, Kalidou Koulibaly diarahkan keluar padang kerana kesalahan melontarkan kata-kata sini kepada pengadil perlawanan, Paolo Mazzoleni. - Foto Reuters

Napoli kecewa tiada keadilan buat Koulibaly

MILAN: Kelab Serie A Napoli membidas keputusan Persekutuan Bolasepak Itali menolak rayuan pemain pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly berhubung penggantungan dua perlawanan dengan menyifatkannya sebagai 'peluang terbaik menentang isu perkauman."

Pemain kelahiran Perancis, Koulibaly menjadi sasaran suara sumbang ala monyet dan lagu berbaur perkauman ketika Napoli tewas 0-1 kepada Inter Milan di San Siro pada 26 Disember lalu sebelum diarahkan keluar padang kerana kesalahan melontarkan kata-kata sinis kepada pengadil perlawanan Paolo Mazzoleni.

Namun mahkamah rayuan FIGC Jumaat lalu berkata, mereka tidak mahu membuka ruang kepada faktor wujudnya penyalahgunaan isu perkauman sehingga 'boleh digunakan untuk membenarkan sebarang tindakan keganasan."

"Suasana yang tercetus dalam stadium ketika perlawanan berlangsung tidak dapat diterima dan tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk pemain mengejek pengadil," kata FIGC.

Pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini sudahpun terlepas peluang beraksi ketika Napoli melakar kemenangan 3-2 ke atas Bologna pada 29 Disember lalu dan sekali lagi tidak dapat diturunkan apabila mereka turun menentang Lazio.

"Penolakan rayuan kami satu kekalahan besar bagi bola sepak," kata Napoli dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui jurucakap Nicola Lombardo.

"Persengketaan ini akan dibawa kepada UEFA dengan sokongan penuh daripada Napoli untuk beberapa tahun selepas dimalukan," katanya. - AFP

Berita Harian X