Selasa, 15 Januari 2019 | 11:09am
Pemain Real Sociedad, Adnan Januzaj (kiri) diasak pemain pertahanan Espanyol, Didac Vila dalam aksi La Liga di Stadium Anoeta, di San Sebastian. - Foto EPA
Reaksi pemain Real Sociedad, Mikel Merino selepas menjaringkan gol. - Foto EPA
Pemain Real Sociedad, Willian Jose (kanan) meraikan jaringan bersama rakan pasukan. - Foto EPA

Real Sociedad kekalkan rentak kebangkitan

MADRID: Real Sociedad meneruskan kebangkitan mereka sejak bertukar jurulatih, apabila menewaskan Espanyol, 3-2, biarpun terpaksa beraksi dengan 10 pemain, awal pagi tadi.

Sejak melantik Asier Garitano pada penghujung Disember lalu, kelab San Sebastian di bawah pengurus, Imanol Alguacil meraih tujuh mata daripada tiga perlawanan dan melonjak kedudukan ke tangga kelapan.

Kemenangan itu menyaksikan mereka berjaya memintas Espanyol yang kini tergelincir ke kedudukan ke-10 dan ketinggalan satu mata. 

Mikel Merino meletakkan pasukan tuan rumah di depan selepas tiga minit perlawanan berlangsung. Lima minit kemudian pemain kelahiran Brazil, Willian Jose meledak gol kedua, hasil sepakan penalti.

Pertahanan Espanyol dari Brazil bagaimanapun merapatkan jurang kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-32, dan Diego Llorente menyamakan kedudukan 2-2 menerusi satu serangan balas pada masa tambahan babak pertama. 

Wilian Jose bagaimanapun meletakkan Real Sociedad kembali di depan pada minit ke-62, selepas menerima umpanan cantik Merino.

Namun, Merino terpaksa menamatkan perlawanan lebih awal apabila dilayangkan kad kuning kedua kerana kekasaran yang dilakukan ketika saingan berbaki 11 minit. - AFP

Berita Harian X