Khamis, 10 Januari 2019 | 9:32pm
AARON Ramsey. - Reuters
AARON Ramsey. - Reuters

Ramsey dilapor sedia sertai Juventus

LONDON: Pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey dijangka akan berhijrah ke pasukan juara Itali, Juventus apabila kontraknya tamat bersama Gunners pada musim panas ini, menurut laporan hari ini.

Pemain antarabangsa Wales itu akan menamatkan 10 tahun di Arsenal pada penamat musim selepas perbincangan bersama gergasi Liga Perdana itu tidak kesampaian pada September.

Menurut The Guardian, Ramsey akan menjadi pemain kedua Juventus yang menerima bayaran tertinggi di belakang Cristiano Ronaldo dengan menandatangani perjanjian lima tahun bersama Juventus dilaporkan bernilai £140,000 (RM732,795) seminggu.

Ramsey, 28, boleh menandatangani perjanjian pra kontrak dengan kelab luar dan dikaitkan dengan banyak nama besar seperti Bayern Munich, Real Madrid, Paris Saint-Germain manakala Inter Milan juga dilaporkan berminat.

Selepas menyertai Arsenal dari kelab lamanya Cardiff City dengan nilai £4.8 juta (RM25.12 juta) pada 2008, Ramsey sudah menjaringkan 62 gol dalam 354 penampilan bersama Arsenal dan menang Piala FA pada 2014, 2015 dan 2017. - AFP

Berita Harian X