Rabu, 26 Disember 2018 | 10:51pm
Asier Garitano. - Foto AFP

Real Socidad pecat jurulatih

MADRID: Real Sociedad, yang kini berada di tangga ke-15 La Liga, Sepanyol memecat jurulatih, Asier Garitano dan menamakan Imanol Alguacil sebagai pengganti, sebentar tadi.

"Real Sociedad membuat keputusan menamatkan kontrak jurulatih pasukan utama, Asier Garitano," umum kelab itu melalui satu kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi kelab.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada Garitano di atas ‘segala sumbangannya’, dedikasi serta sikap profesional yang dipamerkan selama ini.

Garitano tiba di San Sebastian pada musim panas lalu dari Leganes. Sepanjang 17 perlawanan liga, beliau hanya menang lima kali dan kalah lapan kali termasuk empat perlawanan terakhir.

Beliau meninggalkan kelab itu dengan kedudukan empat mata di atas zon penyingkiran.

Alguacil, 47, adalah jurulatih tempatan yang memulakan karier sebagai pemain di Real Sociedad. Beliau dilantik sebagai staf kejurulatihan sejka 2011 dan mengemudi skuad B sejak 2013 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih menggantikan Eusebio Sacristan yang dipecat pada Mac lalu - AFP

Berita Harian X