Khamis, 6 Disember 2018 | 6:39pm
PEMAIN bola sepak negara disambut dengan kegembiraan oleh peminat setelah berjaya seri dua sama dengan Thailand pada separuh akhir kedua kejohanan Piala AFF 2018 setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto BERNAMA
PEMAIN bola sepak negara disambut dengan kegembiraan oleh peminat setelah berjaya seri dua sama dengan Thailand pada separuh akhir kedua kejohanan Piala AFF 2018 setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto BERNAMA

Penyokong doa kejayaan Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Kejayaan Harimau Malaya mara ke final Piala AFF 2018 turut dirasai ‘pemain ke-12’ malah mereka menaruh harapan tinggi agar Malaysia mampu menjadi juara edisi kali ini.

Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe semalam layak ke final selepas dua kali bangkit mengikat tuan rumah tetapi layak melangkah menerusi peraturan gol di tempat lawan apabila seri 2-2 pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala.

Ia adalah landasan terbaik buat Malaysia untuk memburu gelaran pertama sejak 2010 selepas melangkah ke final buat kali keempat.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil, Muhd Aminur Haziq berkata: “Malaysia berha k menang selepas menunjukkan corak permainan yang baik sewaktu menentang Thailand semalam, jadi saya harap aksi yang lebih baik ditampilkan sewaktu final nanti.

“Saya harap Harimau Malaya mampu menjuarai Piala AFF kali ini,” katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil, Muhd Haiqall Suliman: 

“Malaysia beraksi dengan baik apatah lagi dengan gerakan serangan yang dilakukan ke pintu gol Thailand.

“Selepas berjaya tundukkan kuasa besar Thailand jadi saya dapat rasakan Harimau Malaya ada harapan besar untuk jadi juara AFF kali ini,” katanya.

Pelumba basikal trek negara, Eiman Firdaus Mohd Zamri: 

“Saya bangga apabila lihat corak permainan Malaysia dengan Thailand dan saya harap Harimau Malaya mampu jadi juara AFF kali ini,” katanya.

Berita Harian X