Sabtu, 1 Disember 2018 | 11:42pm
CHENG Hoe pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Asyraf Hamzah
CHENG Hoe pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Asyraf Hamzah
PEMAIN Thailand, Pakom Pampak (kanan) mengawal bola daripada pemain Malaysia, Mohamad Syahmi Safari ketika pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

PEMAIN kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak ketika menanduk bola ke gawang lawan dalam aksi separuh akhir pertama antara Malaysia menentang Thailand pada Kejohanan Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - Foto BERNAMA

Cheng Hoe mahu anak buah bangkit di Bangkok

KUALA LUMPUR: Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya meskipun keputusan seri 0-0 dengan Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF bakal menyukarkan mereka untuk pertemuan kedua di Bangkok, Rabu depan.

Beliau berkata, apa yang dipamerkan pemainnya di depan lebih 80,000 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi adalah yang terbaik sepanjang kempen kejohanan kali ini.

“Ini adalah perlawanan terbaik kami, pemain cukup fokus dan kita terlepas beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol. Sudah pasti ia perlawanan yang sukar di Bangkok nanti dan pemain cuma perlu tenang.

“Apa pun saya gembira sebab kami tak bolos, saya jangka bila kita bermain di Bangkok nanti, Thailand akan menyerang dan kita kena fokus bertahan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Malaysia yang juga juara 2010 seharusnya menamatkan riwayat juara bertahan Thailand lebih awal apabila beberapa deretan peluang dicipta gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Sekurang-kurangnya dua gol sudah boleh dibawa ke Bangkok sebagai bekalan namun percubaan dalam kotak penalti pemain sayap, Safawi Rasid pada minit kelima dan Mohamadou Sumareh (m-26) tersasar.

Namun apa yang menambah kebimbangan Cheng Hoe untuk berdepan skud Gajah Perang di Stadium Nasional Rajamangala adalah kecederaan menimpa Sumareh dan pertahanan kanan, Syazwan Andik.

“Saya berharap Sumareh dan Syazwan akan kembali pulih kerana mereka mengalami kecederaan hamstring,” katanya.

Berita Harian X