Sabtu, 1 Disember 2018 | 11:36pm
PEMAIN Malaysia, Shahrul Saad mematahkan tandukan pemain Thailand, Supachai Chaided pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Asyraf Hamzah

TIFO ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2018 Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Asyraf Hamzah

PEMAIN Thailand bersama penyokong mereka selepas tamat perlawanan. - NSTP/Asyraf Hamzah

REAKSI pemain Thailand selepas tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Asyraf Hamzah

PENYERANG kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha mengawal bola ketika diasak oleh dua pemain Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - Foto BERNAMA

PEREBUTAN bola diantara pemain Malaysia, Mohamadou Sumareh (kanan) dan pemain Thailand, Korrakot Wiriya Udomsiri ketika pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

ULTRAS Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Asyraf Hamzah

GELAGAT penyokong Thailand sebelum perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Asyraf Hamzah

Bukan aksi sebenar Thailand

KUALA LUMPUR: Jurulatih Thailand, Milovan Rajevac menegaskan anak buah tidak beraksi pada prestasi sebenar ketika terikat tanpa jaringan dengan Malaysia pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Thailand dilihat lebih banyak bertahan pada perlawanan itu sekali gus gagal membawa sebarang bekalan gol tempat lawan.

Beliau menjelaskan segala kelemahan perlu diperbaiki bagi mengharungi aksi penentuan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok, Rabu ini.

"Ia bukan seperti perancangan awal kami (untuk bermain bertahan). Malaysia beraksi sangat baik dan agresif," katanya pada sidang media selepas perlawanan.

"Kami beraksi di bawah prestasi sebenar, tapi saya yakin kami akan beraksi lebih baik pada perlawanan seterusnya di Bangkok.

"Ini perlawanan yang sukar, kami mahu menjaringkan gol dan memiliki beberapa peluang. Namun, apa yang penting kami tidak tewas."

Keputusan itu menyaksikan Thailand gagal mencapai sasaran awal Rajevac yang mengharapkan bekalan gol tempat lawan dapat diraih di Bukit Jalil.

Berita Harian X