Khamis, 25 Oktober 2018 | 1:09am
SEORANG penyokong berlari masuk ke padang di awal permainan di Old Trafford Selasa lalu. - Foto EPA
SEORANG penyokong berlari masuk ke padang di awal permainan di Old Trafford Selasa lalu. - Foto EPA

Manchester United berdepan hukuman UEFA

LONDON: Manchester United didakwa oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) angkara penyokong menceroboh masuk ke padang ketika kekalahan 1-0 kepada Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara, kata badan induk bola sepak Eropah itu.

Seorang penyokong berlari masuk ke padang di awal permainan di Old Trafford Selasa lalu dan dua lagi melakukannya selepas tampat perlawanan. Kedua-duanya berlari ke arah penyerang Juventus dan bekas pemain United, Cristiano Ronaldo.

Bintang Portugal itu, yang terbabit dalam gol kemenangan Juve, turut mengambil swafoto dengan penyokong berkenaan yang sedang dibawa keluar oleh anggota keselamatan.

Menurut UEFA pencerobohan penyokong menyalahi artikel 16 peraturan disiplin dan kes berkenaan akan dibincangkan oleh badan Kawalan, Etika dan Disiplin mereka pada 22 November.

United juga bakal didenda kerana tiba lewat untuk perlawanan berkenaan. Mereka didenda 15,000 euro (RM71,132) keseluruhan oleh UEFA awal bulan ini kerana tiba lewat untuk perlawanan menentang Valencia di laman sendiri dalam pertandingan yang sama. – REUTERS 

Berita Harian X