Ahad, 16 September 2018 | 11:42pm
PEMAIN Wolverhampton Wanderers, Raul Jimenez (kanan) berebut bola dengan pemain Burnley, Charlie Taylor dalam aksi di Stadium Molineux, Wolverhampton. - Foto Reuters
PEMAIN Wolverhampton Wanderers, Raul Jimenez (kanan) berebut bola dengan pemain Burnley, Charlie Taylor dalam aksi di Stadium Molineux, Wolverhampton. - Foto Reuters

Gol tunggal Jimenez musnahkan Burnley

WOLVERHAMPTON, United Kingdom: Raul Jimenez menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika pasukan baharu naik taraf, Wolverhampton Wanderers meneruskan permulaan baik dalam Liga Perdana dengan kemenangan 1-0 di laman sendiri berdepan Burnley sebentar tadi.

Kemenangan mengangkat Wolves ke kedudukan atas liga tetapi keputusan itu membuatkan Burnley masih mencari kemenangan pertama dalam liga pada kempen kali ini ketika mereka menyamai rekod terburuk kelab dengan empat kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana.

Kemenangan pastinya sesuatu yang paling dimahukan Wolves. Mereka mendominasi dan boleh dengan mudah mendahului dua gol sebelum Jimenez memecah kebuntuan pada minit ke-61 apabila dia menyempurnakan hantaran lintang Matt Doherty.

Sebaliknya Burnley jarang mengancam dan peluang terbaik mereka hadir pada lewat permainan menerusi Johan Berg Gudmunsson.

Permainan bermula dengan goyah dengan 20 minit pembukaan hanya dihiasi tindakan menyelamat Joe Hart ketika penjaga gawang England itu bertindak baik menyelamatkan hantaran Heider Costa.

Dominasi Wolves menjadi selepas itu dengan tindakan Hart dan James Tarkowski menafikan tuan rumah pada kedua-dua babak apabila Jimenez, Jonny Otto dan Doherty semuanya hampir menjaringkan gol. - AFP

Berita Harian X