Isnin, 3 September 2018 | 1:52am
STEVEN Gerrard - Foto Reuters
STEVEN Gerrard - Foto Reuters

Gerrard berang kekalahan pertama Old Firm

GLASGOW, Scotland: Pengurus Rangers, Steven Gerrard berang terhadap pengadil, Willie Collum susulan kekalahan 0-1 skuad kendaliannya dalam pertemuan tetangga pertama Old Firm kepada Celtic, semalam.

Keputusan turut menyaksikan Celtic yang dikendalikan Brendan Rodgers merasai kemenangan pertama ke atas bekas kaptennya itu di Liverpool.

Gerrard merasakan pemainnya Tom Rogic dikasari Ryan Jack yang membawa kepada gol kemenangan Olivier Ntcham sekali gus memberikan kekalahan pertama buat bekas kapten England itu selepas 13 perlawanan di arena pengurusan.

“Ia satu kesalahan. Pengadil tidak mempedulikannya dan mereka terus pergi dan menjaringkan gol,” kata Gerrard. 

“Ia juga satu kesalahan kerana pegawai perlawanan keempat menjerit menggunakan mikrofon ‘kesalahan, kesalahan, kesalahan dan pengadil mengendahkan nasihat itu.”

Di sebalik kekalahan itu, Gerrard mengakui skuadnya tidak beraksi begitu baik.

Celtic mendominasi sebahagian besar pemain dan menggegar palang sebanyak tiba kali sebelum Ntcham memecah kebuntuan buat Rangers selepas sejam perlawanan berlangsung.

Kemenangan melanjutkan rekod cemerlang Rodgers bagi aksi Old Firm kepada 10 kemenangan dan dua seri daripada 12 pertembungan. - AFP

Berita Harian X