Sabtu, 1 September 2018 | 4:40pm
PENGENDAI Manchester United, Jose Mourinho. - Foto Reuters

Burnley penentu nasib Mourinho

JOSE Mourinho gigit jari lagi selepas Manchester United mudahdibenam Tottenham Hotspurs di laman sendiri minggu lalu. 

Kekalahan kedua berturut-turut itu menyebabkan Mourinho mendapat kecaman hebat. Perasan kecewa penyokong Red Devils di seluruh dunia jelas marak hingga sanggup turut mencadangkan jurulatih itu dipecat. Kekalahan dianggap satu musibah meskipun realitinya baru tiga aksi liga daripada 38 dan tidak membabitkan saingan kejuaraan lain. 

Mourinho dalam reaksi balas pantas meminta semua pihak berkenaan tidak memperlekeh wibawanya. Dia meminta mereka menghormatinya sebagai antara jurulatih berjaya di Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak bersama Chelsea di awal 2000.

Cerita Mourinho dikecam setiap kali pasukan bimbingannya tewas bukan baru. Malah ketika bersama Porto dan Chelsea dia turut berdepan situasi sama. Begitu juga tatkala melatih pasuka gergasi dan juara kelab dunia, Real Madrid serta Inter Milan.

Kecaman demi kecaman yang diterimanya ibarat pembakar semangat untuk dia terus bangkit. Saya percaya pemimpin kanan United, Ed Woodward tidak akan memecatnya tatkala Liga Juara-  Juara bakal membuka tirai selain Piala Liga dan Piala FA bakal menyusul.

Malam esok Mourinho membawa anak buahnya bertandang ke Burnley. Perlawanan ini dikatakan penentu masa depan jurulatih kelahiram Portugal ini. Andai tewas, menurut media Britain, Mourinho sudah pasti boleh mengucap selamat jalan kepada Old Trafford.

Saya jangkakan skuad bakal tampil dengan sasaran kutip mata penuh.

Sementara itu, pendahulu EPL, Liverpool dijangka tiada masalah mengenepikan cabaran pasukan bimbingan, Claude Puel, Leicester City jam 7.30 malam ini waktu Malaysia.

Setakat ini The Reds masih kekal tanpa bolos. Dalam 12 aksi terakhir menentang skuad The Foxes, ia menang lapan daripadanya.

Saya percaya Jurgen Klopp mampu meraih mata penuh jika terus mengekalkan rentak sempurna seperti tiga aksi lalu.

Selain Liverpool, tiga pasukan lain yang turut mengutip mata penuh dalam tiga aksi pertama adalah Tottenham Hotspur, Chelsea dan Watford.

The Blues dijangka tiada masalah kekal rentak apabila menyambut kunjungan Bournemouth manakala Tottenham dan Watford bakal berdepan sesama sendiri. Saya jangkakan aksi ini milik Spurs. Selamat menonton.

Ramalam Minggu ke-4

Leicester 2 Liverpool 3

Crystal Palace 1 Southampton 2

Everton 2 Huddersfield 2

Brighton 1 Fulham 1

Chelsea 2 Bournemouth1

West Ham 1 Wolves 1

Man City 3 Newcastle 0

Cardiff City 1 Arsenal 2

Watford 1 Tottenham 3

Burnley 1 Man United 2

*Penulis adalah Penolong Editor Sukan Kumpulan NSTP

Berita Harian X