X
Jumaat, 31 Ogos 2018 | 8:58am
Steven Gerrard
Steven Gerrard

Kelibat Gerrard jadi tumpuan

GLASGOW: Ketibaan Steven Gerrard sebagai pengurus baru Rangers mula mendapat perhatian di Glasgow dengan jurulatih Celtic,  Brendan Rodgers perlu memperkukuhkan reputasinya apabila perlu berdepan dengan bekas anak didiknya musim ini.

Rodgers dan Gerrard akan berdepan buat kali pertama Ahad ini di Celtic Park selepas tiga musim bersama sebagai pengendali dan kapten pasukan Liverpool.

Mereka hampir menjulang gelaran Liga Juara Perdana Inggeris pada 2013/14, Rodgers bagaimanapun dipecat ketika karier Gerrard selama 17 tahun di Liverpool menghampiri penghujungnya pada 2015.

Sepanjang tempoh dua tahun itu pengendali dari Ireland Utara itu berjaya memenangi dua gelaran domestik berturut-turut, pencapaian bersejarah dalam bola sepak Scotland.

Bagaimanapun Gerrard tiba ketika kemampuan beliau di Celtic Park mula dipertikaikan.

Rodgers sendiri secara terbuka mempersoalkan kemampuan pasukan itu selepas melihat pemain tengah Hibs, John McGinn disambar Aston Villa.

“Tugas kami tahun ini cukup mudah dari segi membawa pemain masuk. Kami hanya mahu pemain berkualiti,” kata Rodgers selepas pasukan bimbingannya itu tewas kepada AEK Athens F.C.dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara awal bulan ini. – AFP

Berita Harian X