Ahad, 26 Ogos 2018 | 3:03am
REAKSI penyerang Liverpool, Mohamed Salah selepas ledak gol ketika menentang Brighton di Anfiled, sebentar tadi. - Foto AFP

Gol Salah benam Brighton

LIVERPOOL: Jaringan Mohammed Salah pada minit ke-23 sudah cukup untuk memberikan kemenangan Liverpool ke atas Brighton 1-0 dan meletakkan mereka di puncak liga dengan tiga kemenangan berturut-turut.

Skuad Juergen Klopp bermula garang dan penjaga gol Brighton dari Australia Mathew Ryan berjaya menepis tandukan Roberto Firmino sebelum sepakan percuma Trent Alexander-Arnold pada minit ke-15 terkena palang.

Jaringan muncul apabila James Milner berjaya merampas bola daripada Yves Bissouma ketika Brighton cuba membawa bola ke belakang dan pertukaran hantaran pantas daripada Sadio Mane dan Firmino berakhir dengan penyudah tepat daripada Salah yang muncul penjaring terbanyak musim lalu dengan 32 gol liga.

Brighton, yang menewaskan Manchester United minggu lalu mempamerkan pertahanan kental, mengecewakan Liverpool tetapi tidak banyak mencipta peluang sehinggalah tandukan Pascal Gross pada minit ke-88 berjaya diselamatkan penjaga gol Liverpool Alisson Becker. – Reuters

Berita Harian X