X
Jumaat, 13 Julai 2018 | 8:07am
STEVEN Gerrard
STEVEN Gerrard

Gerrard mulakan kerjaya jurulatih dengan cemerlang

GLASGOW: Steven Gerrard membuat permulaan cemerlang sebagai pengurus apabila Rangers menang 2-0 ke atas pasukan Macedonia, Shkupi dalam aksi kelayakan Liga Europa di Ibrox, awal pagi tadi.

Ledakan rendah babak pertama Jamie Murphy dan jaringan penalti masa kecederaan James Tavernier memadai untuk juara 54 kali Scotland itu membawa bekalan gol yang selesa untuk pertembungan timbal balik kedua, minggu depan.

"Berpuas hati. Kami masih ada kerja yang perlu diselesaikan," kata bekas tonggak Liverpool itu kepada BT Sport.

"Kami berhak meraih gol kedua. Perlawanan ini boleh berakhir dengan keputusan 3-0, 4-0, 5-0 jika kami lebih klinikal ataupun tuah lebih memihak kepada kami."

Gerrard yang pengalaman kejurulatihannya hanya bersama pasukan remaja Liverpool, memberikan penampilan sulung kepada bekas rakan sepasukan Liverpool Jon Flanagan dan bekas perancang tengah Burnley, Scott Arfield.

"Terdapat ramai pemain baharu, kami masih sedang mencari keserasian. ia hanya aksi sulung," tambahnya. "Terdapat banyak petanda positif tetapi masih banyak kerja yang perlu dibuat." - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X