Ahad, 8 Julai 2018 | 3:06am
SKUAD muda yang dibimbing Gareth Southgate menafikan tanggapan ramai terhadap mereka apabila mempamer satu lagi persembahan mengagumkan di Russia. - Foto Reuters
SKUAD muda yang dibimbing Gareth Southgate menafikan tanggapan ramai terhadap mereka apabila mempamer satu lagi persembahan mengagumkan di Russia. - Foto Reuters
PEMAIN England, Harry Maguire (kanan) diasak pemain Sweden, Albin Ekdal dalam perlawanan Piala Dunia di Samara, Russia. - Foto Reuters
PEMAIN England, Harry Maguire (kanan) diasak pemain Sweden, Albin Ekdal dalam perlawanan Piala Dunia di Samara, Russia. - Foto Reuters
PEMAIN England, Dele Alli (dua dari kanan) menjaringkan gol kedua pasukan. - Foto Reuters
PEMAIN England, Dele Alli (dua dari kanan) menjaringkan gol kedua pasukan. - Foto Reuters

Kerjasama kunci kejayaan England: Southgate

SAMARA (Russia): England menamatkan kekecewaan selama hampir tiga dekad untuk melangkah ke separuh akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak tahun 1990 menerusi tandukan Harry Maguire dan Dele Alli yang menewaskan Sweden 2-0 malam tadi.

Skuad England yang terdiri daripada pemain lebih berpengalaman gagal melangkah ke pusingan separuh akhir sebelum ini tetapi skuad muda yang dibimbing Gareth Southgate menafikan tanggapan ramai terhadap mereka apabila mempamer satu lagi persembahan mengagumkan di Russia.

Wira England pada malam ini juga semestinya penjaga gol, Jordan Pickford yang menyelamatkan tiga percubaan berbahaya untuk menafikan kemaraan Sweden.

"Kami berhadapan dengan banyak tekanan fizikal," kata jurulatih England, Gareth Southgate. "Kekuatan pasukan dan kebersamaan pasukan hari ini adalah penting.

AKSI penjaga gol England, Jordan Pickford ketika menyelamatkan gawang daripada dibolosi. - Foto Reuters
AKSI penjaga gol England, Jordan Pickford ketika menyelamatkan gawang daripada dibolosi. - Foto Reuters

"Hari ini semangat kami sama bagus seperti mereka dan kualiti kami lebih baik sedikit."

Peminat England meraikan pasukan itu di Arena Samara biarpun perlawanan sudah berakhir, dengan mengetahui hakikat yang kebanyakan pasukan pilihan lain sudah tersingkir, England dilihat mempunyai peluang terbaik untuk mencapai kejayaan selepas lebih setengah abad.

England tidak pernah mencatat rekod bersih dalam empat perlawanan terdahulu dan harus berterima kasih kepada Pickford bagi memastikan skuad itu tidak bolos kali ini.

"Saya tidak dilahirkan lagi ketika kali terakhir England melangkah ke separuh akhir Piala Dunia," kata Pickford. "Kami sering berkata kami akan mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan dan akan melakukan serta mencipta sejarah kami sendiri." - REUTERS 

Berita Harian X