Sabtu, 7 Julai 2018 | 12:42am

Spekulasi Ronaldo ke Juventus terus hangat

MILAN: Juara Itali, Juventus berkata mereka menimbang semua peluang ketika jendela perpindahan di sebalik spekulasi media yang mengatakan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo sedang menuju ke kelab Serie A berkenaan.

Ronaldo yang menyertai Real dari Manchester United pada 2008 dengan rekod dunia ketika itu, AS$106 juta (RM428.08 juta) adalah penjaring terbanyak kelab gergasi Sepanyol berkenaan dengan 451 gol dalam semua kejohanan.

Antara trofi yang dikumpul bersama kelab Galaticos itu ialah dua gelaran La Liga dan empat Liga Juara-Juara.

Reuters, semalam melaporkan Ronaldo menerima tawaran untuk meninggalkan Real bagi menyertai Juventus dengan Pemain Terbaik Dunia lima kali itu dilaporkan beberapa kali memberi petunjuk dia ingin berpindah.

Selepas membantu Real menjulang trofi ketiga Liga Juara-Juara berturut-turut dengan menewaskan Liverpool, Mei lalu, pemain Portugal itu memberi petanda di sudah pun bersedia meninggalkan pasukan itu tahun ini apabila berkata: "Cukup cantik untuk bermain dengan Real Madrid."

Semalam, akhbar Sepanyol Marca melaporkan Ronaldo berang dengan kelab berkenaan kerana juara Eropah itu sudah pun mencari penggantinya.

Marca, hari ini berkata penyerang itu sudah memberitahu Juventus dia bersedia untuk menyertai mereka.

Kelab yang berpangkalan di Turin itu berkata, mereka akan memaklumkan kepada pasaran dengan segera "jika ada perjanjian sudah dimuktamadkan", dalam satu kenyataan sebagai tindak balas kepada permintaan pengatur pasaran Consob.

- Reuters

Berita Harian X