Ahad, 17 Jun 2018 | 5:40am
PEMAIN Croatia meraikan gol pertama selepas tandukan Mario Mandzukic (kanan) terkena kaki pemain pertahanan Nigeria, Oghenekaro Etebo (kiri) pada saingan Kumpulan D Piala Dunia 2018 di Stadium Kaliningrad, sebentar tadi. - Foto REUTERS

Croatia lakar kemenangan selesa

KALININGRAD, Russia: Gol sendiri dan sepakan penalti memberikan Croatia kemenangan selesa pada aksi pertama Kumpulan D kempen Piala Dunia apabila menewaskan Nigeria 2-0 di Stadium Kaliningrad, sebentar tadi.

 Tandukan terbang Mario Mandzukic yang kemudiannya terkena pemain tengah Nigeria, Oghenekaro Etebo pada minit ke-32 membolehkan Croatia mendahului perlawanan sebelum Luka Modric menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-71.

 Croatia meraih sepakan penalti itu selepas pertahanan Nigeria, William Troost-Ekong mengasari Mandzukic di hadapan pengadil perlawanan di dalam kotak penalti.

 Kemenangan ke atas Nigeria menyaksikan Croatia kini berada di tangga teratas Kumpulan D selepas Argentina terikat 1-1 dengan Iceland di Moscow dalam perlawanan terdahulu.

Berita Harian X