Jumaat, 15 Jun 2018 | 1:19am
SEPP Blatter. - Foto AFP
SEPP Blatter. - Foto AFP

Sepp Blatter akan ke Russia 19 Jun

MOSCOW:  Bekas presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter, mengesahkan beliau akan berlepas ke Moscow pada 19 Jun ini, dengan merancang untuk meluangkan masa dua atau tiga hari bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia, kata jurucakapnya, Thomas Renggli.

Renggli berkata, pada awal minggu ini Blatter menerima jemputan untuk menyaksikan upacara pembukaan Piala Dunia 2018 dari Presiden Russia, Vladimir Putin.

Blatter, yang menguruskan badan induk sukan dunia itu selama lebih 17 tahun, diharamkan daripada terbabit sebarang aktiviti bola sepak selepas didapati melanggar etika pada 2015 kerana dikaitkan dengan skandal rasuah terbesar yang menggoncang FIFA. - AFP

 

 

Berita Harian X