Isnin, 11 Jun 2018 | 8:16am
Gambar disediakan oleh akhbar penerbitan perkhidmatan awam North German press 'NDR Press and Information' menunjukkan canselor Jerman Angela Merkel bercakap dengan wartawan Jerman semasa wawancara sebelum temuramah ARD TV 'Anne Will' di Berlin, Jerman. - Foto EPA-EFE
Gambar disediakan oleh akhbar penerbitan perkhidmatan awam North German press 'NDR Press and Information' menunjukkan canselor Jerman Angela Merkel bercakap dengan wartawan Jerman semasa wawancara sebelum temuramah ARD TV 'Anne Will' di Berlin, Jerman. - Foto EPA-EFE

Tiada sekatan ke Russia

FRANKFURT: Canselor Jerman, Angela Merkel mungkin akan berkunjung ke Russia sempena kempen Piala Dunia bermula minggu ini disebalik kecaman antarabangsa ke atas Moscow.

"Secara asasnya ia tidak ditolak," kata Merkel dalam temuramah dengan televisyen awam ARD. "Jika anda bertanyakan mengenai perbincangan mengenai prinsip sama ada boleh berkunjung ke sana, ia jelas boleh.

"Russia dikenakan sekatan negara barat berhubung 'pemberontakan Crimea 2014' selain gerakan pemisah di Ukraine yang menyaksikan Kremlin memberi sokongan kepada pemberontak di timur negara itu.

Tahun ini juga banyak negara memanggil pulang diplomat dari Moscow atas insiden bekas pengintip Russia yang diracun di Britain.

"Russia dipercayai menjadi dalang serangan itu dan London tidak membenarkan mana-mana ahli politiknya atau kerabat di Raja ke Russia sempena Piala Dunia sebagai tanda bantahan.

"Kita tidak boleh membezakan antara bola sepak dan isu yang memisahkan Russia dan negara barat," tegas Merkel. "Tanpa sebarang perbincangan antara kedua-dua pihak, kita tidak akan menemui jalan penyelesaian."

Merke juga turut mempertahankan dua pemain kebangsaan yang mempunyai pertalian keluarga dari Turki iaitu Ilkay Gundogan dan Mesut Ozil.

Kedua-dua pemain berkenaan bergambar dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam satu pertemuan bulan lalu dan menyerahkan baju Manchester City yang tertulis 'presiden saya'.

"Di Jerman, ramai yang marah mengenai sokongan kepada Erdogan itu. Mereka tidak tahu bahawa gambar itu boleh mencetuskan kemarahan," kata Merkel.

"Saya percaya mereka tidak mahu mengecewakan penyokong Jerman sendiri. - AFP

Berita Harian X