Isnin, 21 Mei 2018 | 7:03pm
Jurulatih Belgium Roberto Martinez sewaktu sidang akhbar di Belgium. Gambar kecil, Radja Nainggolan. - Foto REUTERS
Jurulatih Belgium Roberto Martinez sewaktu sidang akhbar di Belgium. Gambar kecil, Radja Nainggolan. - Foto REUTERS

Belgium singkir Nainggolan

TUBIZE, Belgium: Jurulatih Belgium Roberto Martinez mengetepikan pemain tengah AS Roma Radja Nainggolan daripada skuadnya untuk saingan Piala Dunia di Russia,  menegaskan ia satu tindakan taktikal dan bukan berpunca perselisihan lalu berpunca masalah disiplin.

Jurulatih kelahiran Sepanyol itu memberi kejutan apabila tidak menamakan 23 pemain terakhir, sebaliknya menyenaraikan 28 pemain yang akan dikurangkan selepas perlawanan persahabatan dengan Portugal 2 Jun ini.

"Radja adalah pemain ternama," kaya Martinez pada sidang media, mengiktiraf sumbangan Nainggolan untuk membara Roma ke separih akhir Liga Juara-Juara namun berkata beliau tidak boleh menawarkan posisi sama untuk skuad Belgium yang dianggap lebih ofensif.

Kedua-dua jurulatih dan pemain itu mengadakan perbincangan selepas Martinez berangkat ke Rome pada Ahad untuk membuat kenyataan itu.

Menurut pengurus berkenaan, populariti Nainggolan tidak diragui dalam kalangan peminat Belgium susulan peranan pentingnya pada Euro 2016, namun seorang jurulatih perlu mengambil tindakan tegas demi kebaikan pasukan.

"Saya tidak fikir Radja sesuai menggalas tugas kecil," kata Martinez apabila ditanya mengenai kesediaan Nainggolan untuk ke Russian biarpun menggalas tugas penjaga gol.

"Alasan di sebalik ketiadaan Radja dalam pasukan jelas sekali satu keputusan taktikal," kata Martinez. - Reuters

Berita Harian X