Ahad, 6 Mei 2018 | 5:44am
Pengurus Tottenham Mauricio Pochettino (tengah) kelihatan resah melihat aksi pasukannya ketika menentang West Bromwich Albion pada perlawanan Liga Perdana Inggeris. - Foto Reuters
Pengurus Tottenham Mauricio Pochettino (tengah) kelihatan resah melihat aksi pasukannya ketika menentang West Bromwich Albion pada perlawanan Liga Perdana Inggeris. - Foto Reuters

Pochettino mahu Spurs lebih agresif

WEST BROMWICH: Mauricio Pochettino menyaksikan skuad Tottenham Hotspur kendaliannya kehilangan arah dalam perebutan ke Liga Juara-Juara dan mahu pemainnya lebih agresif pada dua perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.

Pengurus Spurs itu kelihatan resah susulan kekalahan 0-1 kepada West Bromwich Albion yang bangkit dengan gol saat akhir.

Namun beliau mengakui pasukannya kehilangan ramuan penting dalam serangan apabila memberikan West Brom kemenangan yang membantu memastikan mereka menamatkan hari itu dengan harapan terlepas daripada penyingkiran selepas Southampton yang juga berada dalam kelompok tercorot gagal meraih sebarang kemenangan apabila seri 1-1 dengan Everton selepas itu.

"Kami kurang agresif ketika mengusai bola," kata Pochettino yang pasukannya kini ketinggalan satu mata berbanding Liverpool di tangga ketiga yang beraksi malam ini.

"Semua orang boleh melihat perlawanan itu, kami mendominasi perlawanan tetapi jika anda tidak klinikal di depan gol, peluang sentiasa terbuka buat lawan."

Kekalahan itu memberi kesan ketara terhadap harapan Tottenham yang bukan saja mahu berada di kelompok tiga teratas bagi menjamin kelayakan ke Liga Juara-Juara awal musim depan malah mungkin gagal berada dalam kelompok empat teratas.

Mereka berada satu mata di belakang Liverpool dan hanya lima mata di depan Chelsea di tangga kelima yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Semua ini disebabkan gol akibat kekalutan pada minit terakhir di mana Jake Livermore meraih penyudah ketika dia dan pertahanan Danny Rose cuba mendapatkan bola dalam kekalutan itu.

 Bagaimanapun Spurs masih berpeluang memandangkan mereka berada di laman sendiri pada dua perlawanan akhir menentang Newcastle dan Leicester yang dikatakan tidak mampu memberi impak.

"Kami perlu menilai mengapa, prestasi kami menjunam sedikit," kata Pochettino yang pasukannya beberapa kali dihalang penjaga gol tuan rumah Ben Foster, yang berjaya menyelamatkan percubaan antaranya menerusi Harry Kane dan Erik Lamela.

"Namun segalanya masih dalam kawalan jadi kami perlu bekerja keras untuk dua perlawanan berikutnya tetapi itulah peluang kami ke Liga Juara-Juara musim depan." - AFP

Berita Harian X