Jumaat, 16 March 2018 | 12:59pm
KANE (atas) cedera ligamen buku lali selepas bertembung dengan penjaga gawang Bournemouth Asmir Begovic.
KANE (atas) cedera ligamen buku lali selepas bertembung dengan penjaga gawang Bournemouth Asmir Begovic.

England perlu belajar 'hidup' tanpa Kane: Southgate

BURTON-ON-TRENT, United Kingdom: Pengurus England, Gareth Southgate menegaskan pasukannya perlu belajar untuk berjuang tanpa Harry Kane sekiranya penyerang berbisa itu terpaksa melupakan aksi di Piala Dunia.

Kane diketepikan bagi aksi persahabatan antarabangsa membabitkan England menentang Belanda dan Itali pada bulan ini selepas dipalit kecederaan ligamen buku lali.

Southgate begitupun yakin pemain Tottenham itu memiliki masa yang secukupnya sebelum kejohanan di Russia itu membuka tirainya dengan kelabnya berharap dia akan kembali beraksi pada bulan depan.

Tetapi bekas pemain England itu cukup sedar dan cuba untuk tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pasukan itu sebelum ini dengan meletakkan harapan menggunung terhadap seorang saja pemain bintang.

GARETH SOUTHGATE
GARETH SOUTHGATE

"Memang mengecewakan bagi kami kerana Harry tidak bersama kami," kata Southgate ketika mengumumkan senarai pasukannya, semalam.

"Saya fikir daripada 14 perlawanan yang saya kendalikan, dia hanya boleh bermain untuk enam perlawanan, dan daripada enam perlawanan itu, dia menjaringkan tujuh gol jadi ia adalah petunjuk betapa pentingnya dia bersama kami.

"Kami perlu menyesuaikan diri tanpanya, adalah penting untuk berhadapan dengan situasi itu kerana kamu tidak akan tahu apa yang berlaku dalam bola sepak.

"Saya sentiasa bekerja untuk menguatkan skuad ini dan mereka yang disenaraikan boleh membantu.

"Dalam kejohanan sebelum ini, kami kehilangan pemain-pemain yang penting dan fokus sentiasa terarah kepada perkara itu berbanding usaha secara kolektif," katanya.

Southgate menyenaraikan semula pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere manakala dua pemain Burnley, Nick Pope dan James Tarkowski serta pemain Swansea, Alfie Mawson dipanggil menyarung jersi kebangsaan buat pertama kali. - AFP

SKUAD ENGLAND: 

Penjaga gol: Joe Hart (West Ham), Jack Butland (Stoke), Jordan Pickford (Everton), Nick Pope (Burnley)

Pertahanan: Kyle Walker, John Stones (Manchester City), Harry Maguire (Leicester), Kieran Trippier, Danny Rose (Tottenham Hotspur), James Tarkowski (Burnley), Ryan Bertrand (Southampton), Ashley Young (Manchester United), Joe Gomez (Liverpool), Alfie Mawson (Swansea)

Tengah: 

Eric Dier, Dele Alli (both Tottenham Hotspur), Jesse Lingard (Manchester United), Lewis Cook (Bournemouth), Adam Lallana, Jordan Henderson, Alex Oxlade-Chamberlain (all Liverpool), Jack Wilshere (Arsenal), Jake Livermore (West Brom)

Penyerang: 

Jamie Vardy (Leicester), Marcus Rashford (Manchester United), Raheem Sterling (Manchester City), Danny Welbeck (Arsenal)

Berita Harian X