Jumaat, 23 Februari 2018 | 4:41pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (dua dari kiri) bersama ahli keluarga mendiang Chow Chee Keong ketika memberi penghormatan terakhir pada pagi tadi.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (dua dari kiri) bersama ahli keluarga mendiang Chow Chee Keong ketika memberi penghormatan terakhir pada pagi tadi.

Najib beri penghormatan terakhir kepada Chee Keong

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat keluarga mendiang Chow Chee Keong dan memberi penghormatan terakhir kepada bekas penjaga gol kebangsaan itu, pagi tadi.

Najib turut mengambil kesempatan menandatangani catatan takziah ketika lawatan di Pusat Memorial Nirvana, Kuala Lumpur itu.

Najib bertemu dengan isteri mendiang, Christina Kwok dan anaknya, Adrian serta beberapa ahli keluarga legenda bola sepak negara itu.

Chee Keong yang digelar 'Pedang Gila' meninggal dunia Rabu lalu selepas menderita kanser pundi kencing pernah memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik Asia untuk lima tahun berturut-turut bermula 1966 hingga 1970.

Menerusi akaun Twitternya, Najib menulis: "Melawat keluarga mendiang Chow Chee Keong pagi ini dan turut menyampaikan takziah kepada mereka. 

"Mendiang adalah penjaga gol terbaik yang pernah dimiliki negara ini."

Berita Harian X