Isnin, 5 Februari 2018 | 10:41pm
JURULATIH sementara skuad Itali, Luigi Di Biagio bakal diuji pada aksi persahabatan menentang Argentina dan England, Mac ini. - Foto AFP
JURULATIH sementara skuad Itali, Luigi Di Biagio bakal diuji pada aksi persahabatan menentang Argentina dan England, Mac ini. - Foto AFP

Di Biagio jurulatih sementara Itali

MILAN: Jurulatih skuad Bawah 21 Tahun (B-21) Itali, Luigi Di Biagio akan menjadi jurulatih sementara skuad senior bagi aksi persahabatan bertemu Argentina dan England, Mac ini.

Perkembangan itu diumumkan Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC), hari ini.

Itali tidak melantik jurulatih sejak Gian Piero Ventura meletak jawatan, November lalu susulan kegagalan mereka layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958.

Di Biagio, 46, adalah bekas pemain tengah yang beraksi buat Itali antara 1998 dan 2002.

Selain itu, dia pernah beraksi bersama Inter Milan dan juga AS Roma.

Itali akan menentang Argentina di Manchester pada 23 Mac sebelum bertemu England di Wembley, empat hari kemudian. - REUTERS

Berita Harian X