Ahad, 28 Januari 2018 | 8:12am
REAKSI penyerang Liverpool, Roberto Firmino (kanan) selepas wisel penamat perlawanan dibunyikan. The Reds tewas 2-3 kepada West Brom pada aksi Piala FA Inggeris di Anfield, awal pagi tadi. - Foto AFP
REAKSI penyerang Liverpool, Roberto Firmino (kanan) selepas wisel penamat perlawanan dibunyikan. The Reds tewas 2-3 kepada West Brom pada aksi Piala FA Inggeris di Anfield, awal pagi tadi. - Foto AFP

West Brom singkir Liverpool

LIVERPOOL: Jay Rodriguez menjaringkan dua gol ketika West Brom menyingkirkan Liverpool daripada kancah Piala FA dengan kemenangan 3-2 di Anfield, awal pagi tadi.

Begitupun, pertembungan pusingan keempat berkenaan turut menjadi perhatian apabila penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) digunakan kali pertama dalam Piala FA musim ini.

Selepas mendahului 2-1 sebaik 11 minit permainan berlangsung, West Brom yakin mereka memperoleh gol ketiga pada minit ke-19 berpunca daripada tandukan Craig Dawson.

PEMAIN West Brom tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil memberi sepakan penalti kepada Liverpool selepas mengambil kira laporan VAR. - Foto REUTERS
PEMAIN West Brom tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil memberi sepakan penalti kepada Liverpool selepas mengambil kira laporan VAR. - Foto REUTERS

Bagaimanapun, selepas dua minit permainan ditangguhkan, pengadil, Craig Pawson yang meminta pandangan daripada pegawai VAR, Andre Marriner di London, mengambil keputusan membatalkan jaringan itu susulan ofsaid ke atas Gareth Barry yang berdiri di hadapan penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet.

Empat minit kemudian, West Brom tidak puas hati dengan keputusan pengadil memberi sepakan penalti kepada Liverpool selepas penyerang tuan rumah, Mohamed Salah dikasari oleh Jake Livermore.

Selepas penangguhan selama tiga minit bagi memberi laluan kepada VAR, Pawson memberi penalti kepada tuan rumah namun disia-siakan oleh Roberto Firmino.

GOL lewat dari Mohamed Salah (dua dari kanan) gagal menyelamatkan Liverpool untuk mengatasi West Brom. - Foto AFP
GOL lewat dari Mohamed Salah (dua dari kanan) gagal menyelamatkan Liverpool untuk mengatasi West Brom. - Foto AFP

Begitupun, kontroversi itu tidak berakhir apabila ketika masa kecederaan babak pertama, West Brom mendakwa mereka sudah memperoleh gol ketiga susulan cubaan Dawson.

Cubaan Dawson tampak tertampan pertahanan Liverpool, Joel Matip sebelum memasuki gawang dan sekali lagi memaksa Pawson menggunakan VAR dan ia jelas keputusan yang betul.

PERTAHANAN West Brom, Craig Dawson (kiri) cuba dicabar perthanan Liverpool, Van Dijk. - Foto AFP
PERTAHANAN West Brom, Craig Dawson (kiri) cuba dicabar perthanan Liverpool, Van Dijk. - Foto AFP

Selepas ketinggalan 3-1, Salah berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam kempen Piala FA dan ke-25 dalam 32 penampilan buat The Reds pada minit ke-75.

Tetapi ia gagal membantu kebangkitan Liverpool apabila West Brom cekal bertahan untuk melangkah ke peringkat 16 terakhir. - AFP

Berita Harian X