Khamis, 11 Januari 2018 | 7:44am
PENYERANG Neymar (tengah) menjaringkan menerusi sepakan penalti ketika menentang Amiens pada saingan suku akhir Piala Liga Perancis di Stadium Licorne, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE
PENYERANG Neymar (tengah) menjaringkan menerusi sepakan penalti ketika menentang Amiens pada saingan suku akhir Piala Liga Perancis di Stadium Licorne, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

PSG mara ke separuh akhir Piala Liga Perancis

PARIS: Neymar menjaringkan penalti di separuh masa kedua dalam perlawanan yang menyaksikan juara empat kali, Paris Saint-Germain dipaksa bekerja-keras sebelum menewaskan Amiens 2-0 untuk mara ke separuh akhir Piala Liga Perancis, awal pagi tadi.

PSG sekali lagi beraksi tanpa penjaring terbanyak mereka, Edinson Cavani yang turut terlepas perlawanan pada Ahad lalu menewaskan Rennes selepas pulang lewat menyambut Krismas dan Tahun Baru di Uruguay.

PENGADIL Nicolas Rainville (kiri) melayangkan kad merah kepada penjaga gol Amiens, Regis Gurtner selepas beliau mengasari pemain PSG pada saingan suku akhir Piala Liga Perancis di Stadium Licorne, sebentar tadi. - Foto AFP

Harapan Amiens mencipta kejutan menjadi lebih sukar apabila penjaga gol, Regis Gurtner mendapat kad merah pada minit ke-34 selepas mengasari Kylian Mbappe di luar kotak penalti.

Neymar menjadikan situasi lebih sukar buat lawan selepas menjaringkan penalti pada minit ke-53 dalam aksi di Stade de la Licorne.

Sebelum itu, Mbappe hampir menjaringkan gol namun percubaannya diselamatkan penjaga gol gantian, Jean-Christophe Bouet.

Adrien Rabiot memastikan kemenangan PSG melalui tandukan pada minit ke-78 hasil tendangan sudut Angel Di Maria .

Dalam perlawanan lain, Montpellier menewaskan Angers 1-0 hasil jaringan lewat Isaac Mbenza dan Adrien Hunou muncul wira Rennes selepas menjaringkan dua gol menewaskan Toulouse 4-2.

Monaco pula pasukan pertama mara ke separuh akhir semalam selepas menewaskan Nice 2-1 hasil jaringan Thomas Lemar dan Adama Diakhaby di Allianz Riviera. - AFP

GAYA penyerang PSG, Neymar selepas menjaringkan gol pada saingan suku akhir Piala Liga Perancis di Stadium Licorne, sebentar tadi. - Foto Reuters
GAYA penyerang PSG, Neymar selepas menjaringkan gol pada saingan suku akhir Piala Liga Perancis di Stadium Licorne, sebentar tadi. - Foto Reuters

Berita Harian X