Sabtu, 23 Disember 2017 | 12:15pm
PENGENDALI Liverpool, Juergen Klopp berada dalam keadaan bingung selepas pasukannya seri selepas satu ketika mendahului dengan dua gol menentang Arsenal. - Foto Reuters
PENGENDALI Liverpool, Juergen Klopp berada dalam keadaan bingung selepas pasukannya seri selepas satu ketika mendahului dengan dua gol menentang Arsenal. - Foto Reuters
JUERGEN Klopp mengarahkan sesuatu kepada pemainnya, Emre Can pada aksi liga, awal pagi tadi. - Foto Reuters
JUERGEN Klopp mengarahkan sesuatu kepada pemainnya, Emre Can pada aksi liga, awal pagi tadi. - Foto Reuters
PENYERANG Liverpool, Roberto Firmino (tengah) menjaringkan gol ketiga yang juga jaringan penyelamat ketika seri bertemu Arsenal di Emirates, awal pagi tadi. - Foto AFP
PENYERANG Liverpool, Roberto Firmino (tengah) menjaringkan gol ketiga yang juga jaringan penyelamat ketika seri bertemu Arsenal di Emirates, awal pagi tadi. - Foto AFP
ROBERTO Firmino meraikan jaringan bersama rakan sepasukan, Mohamed Salah. - Foto Reuters
ROBERTO Firmino meraikan jaringan bersama rakan sepasukan, Mohamed Salah. - Foto Reuters

Klopp bingung Liverpool lepas 3 gol 5 minit

LONDON: Terikat 3-3 sama dengan Arsenal di Stadium Emirates, semalam, meletakkan pengendali Liverpool, Juergen Klopp berada dalam keadaan kebingungan.

Sekiranya Roberto Firmino tidak menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-71, pengendali dari Jerman itu tentunya memerlukan tisu apatah lagi selepas menyaksikan anak buahnya melepaskan tiga gol dalam masa lima minit di babak kedua sekali gus meranapkan pendahuluan dua gol diraih mereka sebelum itu.

"Satu mata di Arsenal adalah satu keputusan yang baik untuk kebanyakan pasukan di dunia tetapi ia tidak begitu bagus pada ketika ini," kata Klopp yang pasukannya kekal di tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL), satu mata di depan Arsenal.

"Kami tidak mengambil semua peluang dimiliki tetapi tiga gol seharusnya sudah cukup. Arsenal tidak berada di dalam permainan mereka dari awal 10 minit.

"Lima minit yang amat penting dan sukar dijelaskan, namun ia sesuatu yang bagus untuk dipelajari kerana kami perlu bertindak balas dengan cara berbeza."

Pasukan kendalian Klopp jelas berada dalam kedudukan selesa pada babak pertama hasil jaringan Philippe Coutinho dan Mohamed Salah.

Namun semuanya seakan musnah apabila Arsenal bangkit dengan ledakan tiga gol dalam tempoh lima minit di babak kedua menerusi Alexis Sanchez, Mesut Ozil dan Granit Xhaka.

Mujur jaringan daripada Firmino membantu keputusan kepada 3-3 dan Klopp berkata: "Kami membuka ruang buat mereka dan pihak lawan hanya memerlukan lima minit untuk mengubah kedudukan.

"Hari ini kami melakukan kesilapan individu dan ia bukan sesuatu yang menyeronokkan."

- Reuters

Berita Harian X