Sabtu, 16 Disember 2017 | 9:31am
FABINHO melompat gembira selepas menjaringkan gol buat Monaco ketika membenam Saint-Etienne pada aksi liga, awal pagi tadi. - Foto AFP
FABINHO melompat gembira selepas menjaringkan gol buat Monaco ketika membenam Saint-Etienne pada aksi liga, awal pagi tadi. - Foto AFP

Monaco terus kejar PSG

PARIS: Juara bertahan Ligue 1 Monaco menang mudah ke atas Saint-Etienne 4-0 awal pagi tadi untuk terus mengekori PSG dengan Fabinho dan Thomas Lemar mencatat nama selaku penjaring gol.

Djibril Sidibe menjaringkan gol pembukaan selepas percubaan Keita Balde dipatahkan dan Thomas Lemar yang pernah diintai Arsenal pada musim panas meledak gol pada minit ke-32 selepas berjaya mengucar-kacirkan pertahanan St Etienne.

PENYERANG Monaco, Keita Balde (kanan) menjaringkan gol keempat ketika bertemu Saint-Etienne, awal pagi tadi. - Foto AFP
PENYERANG Monaco, Keita Balde (kanan) menjaringkan gol keempat ketika bertemu Saint-Etienne, awal pagi tadi. - Foto AFP

Fabinho, yang memberitahu minggu ini mahu meninggalkan kelab itu menjaringkan gol ketiga pada separuh masa kedua sebelum Keita menyempurnakan kemenangan mereka dengan rembatan tepat pada minit ke-60 di Stade Geoffroy-Guichard, yang menyaksikan semakin ramai penyokong tuan rumah meninggalkan stadium.

Kemenangan itu meletakkan Monaco ketinggalan enam mata di belakang Paris Saint-Germain, yang menentang Rennes awal pagi ini.

Saint-Etienne bagaimanapun kini berada di atas zon penyingkiran.

Ibrahim (kiri), Danial dan Adam Norrodin akan menyertai saingan MSBK. - Ihsan ZK Racing Team
Ibrahim (kiri), Danial dan Adam Norrodin akan menyertai saingan MSBK. - Ihsan ZK Racing Team

"Malam yang hebat," kata jurulatih Monaco, Leonardo Jardim.

"Kami menyempurnakan peluang dan mungkin menjaringkan lebih banyak gol sekiranya penyudah kami lebih tepat." - AFP

Berita Harian X