Khamis, 14 Disember 2017 | 6:46am
JARINGAN pemain Liverpool, Dominic Solanke dibatalkan kerana terkena tangan ketika bertemu West Brom, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
JARINGAN pemain Liverpool, Dominic Solanke dibatalkan kerana terkena tangan ketika bertemu West Brom, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
PERTAHANAN Liverpool, Dejan Lovren (kiri) cuba menyelamatkan keadaan selepas diasak pemain West Brom, Salomon Rondon. - Foto REUTERS
PERTAHANAN Liverpool, Dejan Lovren (kiri) cuba menyelamatkan keadaan selepas diasak pemain West Brom, Salomon Rondon. - Foto REUTERS

Liverpool seri lagi

LIVERPOOL, England: Liverpool kehilangan mata penting di Anfield sekali lagi selepas diikat tanpa jaringan oleh West Brom dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Selepas dikritik kerana tidak menurunkan Philippe Coutinho ketika seri 1-1 dengan Everton, Juergen Klopp membawa masuk semula bintang Brazil itu tetapi pasukannya terus berdepan masalah ketajaman di depan gol lawan.

Malah Reds gagal merakamkan sebarang percubaan tepat pada babak pertama dengan West Brom dilihat lebih menyerlah di bawah pengendali baharu Alan Pardew.

Hal Robson-Kanu hampir memecah kebuntuan buat West Brom tetapi percubaannya hanya menggegar palang sebelum jaringan Dominic Solanke dibatalkan kerana terkena tangan. - Reuters

Berita Harian X