Rabu, 6 Disember 2017 | 7:03am
PENYERANG muda Manchester United, Marcus Rashford (kanan) meledak gol kedua ketika menentang kelab Russia, CSKA Moscow pada saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara di Old Trafford, sebentar tadi. - Foto AFP

United ke pusingan 16 terakhir

MANCHESTER: Manchester United mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara sebagai juara Kumpulan A selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan CSKA Moscow 2-1 di Old Trafford, sebentar tadi.

United menamatkan saingan peringkat kumpulan di depan Basel yang turut mara hasil kemenangan 2-0 ke atas Benfica.

Keputusan itu menyaksikan United muncul juara kumpulan dengan 15 mata, tiga mata di depan Basel yang menghuni tangga kedua dan enam mata meninggalkan CSKA yang berada di kedudukan ketiga.

CSKA akan beraksi dalam saingan Liga Europa selepas tamat cuti musim sejuk.

Dalam aksi di Old Trafford, United yang terlepas beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada awal perlawanan dikejutkan jaringan pendahuluan CSKA menerusi Vitinho pada minit ke-45.

Namun, Romelu Lukaku dan Marcus Rashford menyelamatkan maruah The Red Devils apabila masing-masing meledak gol untuk memastikan kemenangan buat pasukan itu.

Lukaku menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-64 sebelum Rashford muncul wira dengan meledak gol kemenangan dua minit kemudian. - REUTERS

PENYERANG Manchester United, Romelu Lukaku menjaringkan gol pertama ketika menentang CSKA Moscow pada saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara di Old Trafford, sebentar tadi. - Foto Reuters
PENYERANG Manchester United, Romelu Lukaku menjaringkan gol pertama ketika menentang CSKA Moscow pada saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara di Old Trafford, sebentar tadi. - Foto Reuters

PEMAIN Manchester United memeluk Marcus Rashford selepas menjaringkan gol kedua pada saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara di Old Trafford, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Manchester United memeluk Marcus Rashford selepas menjaringkan gol kedua pada saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara di Old Trafford, sebentar tadi. - Foto Reuters

Berita Harian X