Khamis, 30 November 2017 | 10:04am
PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola gembira meraikan kemenangan pasukannya bersama David Silva. - Foto AFP
PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola gembira meraikan kemenangan pasukannya bersama David Silva. - Foto AFP

Sterling penyelamat City

LONDON: Raheem Sterling menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-96 membantu Manchester City menewaskan Southampton 2-1 awal pagi tadi sekali gus melebarkan jurang kelebihan lapan mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu pada awalnya dilihat bakal tercicir mata selepas Oriol Romeu menafikan jaringan pembukaan Kevin De Bruyne, namun Sterling mengesahkan kemenangan City untuk kali ke-19 berturut-turut dalam semua pertandingan serta kemenangan ke-12 kelab di saingan liga.

Jaringan itu adalah gol kemenangan lewat permainan yang berjaya dicipta Sterling dan ia pasti mengecewakan Manchester United yang menduduki tangga kedua selepas menewaskan Watford 4-2, semalam.

PENYELAMAT City, Raheem Sterling (kanan) melakukan rembatan sambil dihalang pemain Southampton, Oriol Romeu pada aksi EPL di Etihad, awal pagi tadi. - Foto AFP
PENYELAMAT City, Raheem Sterling (kanan) melakukan rembatan sambil dihalang pemain Southampton, Oriol Romeu pada aksi EPL di Etihad, awal pagi tadi. - Foto AFP

"Babak akhir perlawanan ini cukup menakjubkan," kata Guardiola.

"Apa yang berlaku di bilik persalinan sangat luar biasa. Kami mahu memenangi kejuaraan liga tetapi kali ini perlu meraikannya kerana hanya memperoleh gol sehingga minit akhir," katanya.

RAHEEM Sterling (kanan) meraikan gol jaringannya untuk mengesahkan kemenangan City untuk kali ke-19 berturut-turut dalam semua pertandingan. - Foto AFP
RAHEEM Sterling (kanan) meraikan gol jaringannya untuk mengesahkan kemenangan City untuk kali ke-19 berturut-turut dalam semua pertandingan. - Foto AFP

City di depan pada minit ke-47 menerusi sepakan percuma De Bryune.

Bagaimanapun Romeu menyamakan kedudukan 15 minit sebelum tamat perlawanan.

Dengan masa yang semakin singkat, Sterling muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan menewaskan penjaga gol lawan, Fraser Forster selepas bertukar hantaran dengan De Bruyne. - AFP

Berita Harian X