Sabtu, 11 November 2017 | 8:46pm
Bekas Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter (kanan) menegaskan dakwaan penjaga gol wanita Amerika Syarikat (AS), Hope Solo bahawa beliau meraba bahagian belakang pemain itu adalah tidak masuk akal. - Foto AFP
Bekas Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter (kanan) menegaskan dakwaan penjaga gol wanita Amerika Syarikat (AS), Hope Solo bahawa beliau meraba bahagian belakang pemain itu adalah tidak masuk akal. - Foto AFP

Blatter sifatkan tuduhan Solo sebagai tidak masuk akal

Lausanne: Bekas Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter menegaskan dakwaan penjaga gol wanita Amerika Syarikat (AS), Hope Solo bahawa beliau meraba bahagian belakang pemain itu adalah tidak masuk akal.

Hope mendedahkan perkara itu kepada akhbar Portugal, Expresso dan mendakwa Blatter melakukan serangan serangan seksual ke atas dirinya ketika Majlis Anugerah Ballon d'Or 2013.

Hope yang berusia 36 tahun mendakwa Blatter, 81, melakukan perkara tidak senonoh itu ketika dia mahu menyampaikan anugerah kepada rakan sepasukannya, Abby Wambach.

"Sepp Blatter meraba punggung saya, ia berlaku ketika saya mahu menaiki pentas pada majlis Ballon d'Or beberapa tahun lalu," kata Hope kepada akhbar Portugal, Expresso.

Bagaimanapun, Blatter memberitahu AFP, tuduhan itu adalah tidak masuk akal.

Hope, pemenang Piala Dunia dan dua kali juara Olimpik membuat dakwaan itu ketika ditemui dalam majlis Web Summit di Lisbon.

Blatter adalah Presiden FIFA sejak 1998 hingga 2015 yang menyaksikan beliau dikenakan hukuman gantung kerana rasuah. - AFP

Berita Harian X