Ahad, 29 Oktober 2017 | 12:42pm
PEMAIN Liverpool, Georginio Wijnaldum (kiri) meledak gol ketiga ketika menentang Huddersfield pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, malam tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Liverpool, Georginio Wijnaldum (kiri) meledak gol ketiga ketika menentang Huddersfield pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, malam tadi. - Foto Reuters

Klopp lega atasi debaran Huddersfield

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pasukannya terpaksa bekerja keras ketika kemenangan 3-0 ke atas Huddersfield Town di Anfield malam tadi.

Jaringan Daniel Sturridge, Roberto Firmino dan Georginio Wijnaldum menggambarkan ia adalah malam yang mudah buat Liverpool tetapi mereka jelas mengalami masa yang sukar pada babak pertama.

AKSI pemain tengah Liverpool, Roberto Firmino (dua dari kiri) menjaringkan gol kedua ketika menentang Huddersfield di Anfield, malam tadi. - Foto AFP
AKSI pemain tengah Liverpool, Roberto Firmino (dua dari kiri) menjaringkan gol kedua ketika menentang Huddersfield di Anfield, malam tadi. - Foto AFP

Begitupun Klopp sedar pasukannya perlu kembali ke landasan kemenangan selepas kekalahan 4-1 hujung minggu lalu kepada Tottenham Hotspur dan pengendali dari Jerman itu gembira berjaya meraih tiga mata berdepan pasukan yang sedang bergelut, Huddersfield.

"Babak pertama memang sukar, ia jelas," katanya.

"Kami tidak mahu berikan mereka sebarang peluang melakukan serangan balas pantas tetapi ia tidak berapa sukar untuk memperbaikinya selepas separuh masa untuk mencipta lebih banyak peluang.

PENGURUS Liverpool, Juergen Klopp memeluk penyerang Mohamed Salah pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, malam tadi. - Foto Reuters
PENGURUS Liverpool, Juergen Klopp memeluk penyerang Mohamed Salah pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, malam tadi. - Foto Reuters

"Kami memiliki lebih banyak peluang, tetapi secara jujur ia memang melegakan kerana ada tekanan tinggi di situ. Tiada keraguan mengenainya.

"Saya boleh mendengar orang tidak begitu menyukai babak pertama, saya tahu ia perlukan kerja keras tetapi pada akhirnya tiada siapa ingat babak pertama kerana babak kedua jelas lebih baik.

"Ia banyak membantu hari ini - tiga gol, tiga mata, tidak bolos, sangat sangat penting." - AFP

GAYA penyerang Liverpool, Daniel Sturridge selepas ledak gol di Anfield, malam tadi. - Foto AFP
GAYA penyerang Liverpool, Daniel Sturridge selepas ledak gol di Anfield, malam tadi. - Foto AFP

Berita Harian X