Rabu, 11 Oktober 2017 | 7:12am
PENJAGA gol Belarus, Sergey Chernik menyelamatkan gawangnya ketika diasak penyerang Perancis, Antoine Griezmann (tiga dari kiri) dan Olivier Giroud pada aksi kelayakan Piala Dunia di Stade de France, Perancis. - Foto REUTERS

Perancis layak ke Russia 2018

PARIS: Perancis mara ke Piala Dunia 2018 hasil jaringan Antoine Griezmann dan Olivier Giroud dalam pertarungan sukar ketika menang 2-1 ke atas Belarus, dalam aksi kelayakan awal pagi tadi.

Skuad kendalian Didier Deschamps itu melengkapkan cabaran penuh muslihat dengan menewaskan Bulgaria dan Belarus dalam dua perlawanan kelayakan terakhir.

Kemenangan di Stade de France itu bermakna mereka berjaya mengelak tekanan beraksi di pusingan playoff - situasi sama yang mereka tempuh untuk mara ke dua pusingan akhir, sebelum ini.

PENYERANG Perancis Antoine Griezmann menewaskan penjaga gol Belarus untuk jaringkan gol pada aksi kelayakan Piala Dunia di Stade de France, Perancis. - Foto AFP

Walaupun Perancis menamatkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan A, pasukan kendalian Deschamps tampak kurang meyakinkan ketika skuad yang sudah tersingkir, Belarus kerap memecah benteng mereka.

"Kami gembira jika memikirkan kualiti pemain yang saya ada," kata Deschamps yang turut memuji sokongan penonton.

"Kini kami memiliki kemeriahan yang sudah agak lama kami tidak rasakan...penonton datang, mereka menyokong penuh pasukan," katanya.

ANTOINE Griezmann (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan, Olivier Giroud pada aksi kelayakan Piala Dunia di Stade de France, Perancis. - Foto EPA

Giroud berkata, dia gembira apabila Perancis dapat mengelak saingan playoff.

"Kami mengejar perlawanan ini dan ia bukanlah mudah kerana mereka kuat dan berkesan ketika menyerang sehingga wisel penamat dan kami perlu meningkat permainan," kata penyerang Arsenal itu.

"Kami semua lega malam ini untuk menamatkan kempen dengan kelayakan automatik." - Reuters

KYLIAN Mbappe (kanan) bersaing dapatkan bola dengan pemain Belarus, Nikita Korzun pada aksi kelayakan Piala Dunia di Stade de France, Perancis. - Foto AFP

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X