Sabtu, 9 September 2017 | 7:30am
PENYERANG Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe (dua dari kanan) cuba dihalang pertahanan Metz, Ivan Balliu pada aksi perlawanan Ligue 1 awal pagi tadi. - Foto AFP
PENYERANG Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe (dua dari kanan) cuba dihalang pertahanan Metz, Ivan Balliu pada aksi perlawanan Ligue 1 awal pagi tadi. - Foto AFP

Mbappe cipta gol dalam penampilan pertama

PARIS: Kylian Mbappe menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya ketika Paris Saint-Germain menang 5-1 di tempat lawan mengatasi Metz yang bermain 10 orang dalam saingan Ligue 1 awal pagi tadi.

Hantaran tepat Neymar memberi laluan buat gol pembukaan Edinson Cavani pada minit ke-31 sebelum Emmanuel Riviere menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.

Namun permainan seakan berakhir selepas itu ketika Benoit Assou-Ekotto dilayangkan kad merah kerana mengasari Mbappe, sebelum pemain remaja itu menjaringkan gol pertamanya.

PSG terus menguasai permainan dengan Neymar turut mencatat nama selaku penjaring, Cavani menjaringkan gol kedua peribadi manakala Lucas Moura mendapatkan jaringan kelima.

Kejayaan itu memberikan PSG kemenangan kelima berturut-turut dalam permulaan musim Ligue 1 dan membawa mereka tiga mata di persada liga, di depan juara bertahan Monaco, yang akan menentang Nice hari ini.

"Adalah penting bagi saya untuk mendapatkan keseimbangan di padang," kata jurulatih PSG, Unai Emery.

"Saya rasa pemain yang bagus suka bermain dengan pemain yang bagus, dan Kylian (Mbappe) melakukan permulaan yang bagus."

PSG kini boleh memberikan tumpuan untuk permulaan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini apabila mereka berdepan Celtic di Glasgow. - AFP

Berita Harian X